Rumah Terbalik Pertama Di Malaysia Berada Di Sabah Negeri Di Bawah Bayu


Sungguh bangga apabila rakyat negara kita juga kreatif seperti orang-orang kat eropah tu. Tak sangka seorang anak kelahiran Sabah Di Bawah Bayu telah membina sebuah Rumah Terbalik pertama di Malaysia di Kampung Bantayan-Telibong di Sabah. Rumah Terbalik ni dibina untuk menyampaikan mesej alam sekitar.

Pemiliknya berkata semua peralatan diletakkan secara terbalik seperti peti sejuk, dapur memasak dan periuk nasi di dapur serta mesin jahit. Dan dengar kata, kos pembinaan ruah ni menelan belanja sehingga setengah juta.


Ini Adalah antara sala satu sebab mengapa anda harus melawat sabah. Kalau nak melawat rumah ni, Pengunjung boleh melawat rumah terbalik ni dengan bayaran masuk sebanyak RM18 bagi orang dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak berusia sehingga 12 tahun.

Dan kalau anda seorang warga Malaysia yang memiliki MyKad, sila jangan lupa MyKad anda sebab anda dapat masuk rumah ni dengan bayaran RM10 sahaja.


Alamat rumah ni pula ialah:

Kg. Telibong, Batu 21, Jalan Telibong Tamparuli,, 89208 Tuaran Sabah, Malaysia



Credit to: 1 Suara Sabah Facebook


5 Komen:

Joe Lian said...

hanya terdapat di sabah ni..memang kreatif ini haha..

Elih Japahar said...

Betul kah ni bro, mau tengok lah kalau ada...

Kyuubi said...

@Elih Japahar

Brtul ni bro. Sekarang pun heboh pasal ni rumah. siap ada alamat tu

maria said...

mmg btl..rumah ni cantik dan unik sekali

Kyuubi said...

@maria
x tahu la pula sebab belum pernah datang melawat rumah terbalik ni =)