Penyanyi Tersohor Tanah Air, Siti Nurhaliza Akan Berduet Dengan Sean Kingston?


Macam tak percaya bila terbaca dalam berita bahawa penyanyi terkenal tanah air, Datuk Siti Nurhaliza akan melancarkan single keduanya dalam bahasa inggeris yang bertajuk Remember You. Tahun 2011, Datuk Siti melancarkan album inggeris pertamanya, All Your Love dan muncul dengan single Falling In Love.


Tahun ini, Siti Nurhaliza akan muncul dengan Single inggeris ke 2 beliau. Dan yang istimewanya, dengar khabar, dia akan berduet dengan penyanyi yang terkenal dengan lagu Beautiful Girls, Sean Kingston.

Dan tak sangka pula single Siti ni dihasilkan di USA. Remember You diadun di Studio mixHous, Los Angeles, manakala proses mastering pula dilakukan di Oasis Mastering di Burbank, California.

Fuh cayalah Siti. Duet dengan Sean Kingston lagi tu. Moga lagu baru ni akan mencapai expectation peminat, apatah lagi dah berduet dengan penyanyi hebat macam Sean Kingston.

Sumber: Berita Harian Online

0 Komen: