Pelik Tapi Benar: Nenek Tua Jadi Gadis Sunti


Pelik Tapi Benar. Nenek tua yang mempunyai empat (4) orang anak berusia antara 58 dan 70 tahun, 19 cucu serta 47 orang cicit akan menyambut harijadinya yang ke 16 pda 12 April ini.

Pelik, tapi itulah yang berlaku kepada seorang warga tua di Kangar, Perlis. Masalah ini terjadi gara-gara kesilapan dalam MyKad nenek tersebut yang tertera tarikh lahir beliau adalah pada 12 April 1996.

Akibat masalah ini juga, beliau gagal dalam permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Memang tak dapat aku bayangkan kalau masalah ini tak diselesaikan segera. Bayangkan kalau tiba-tiba nenek ni dapat panggilan untuk ke Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) disebabkan Kad Pengenalannya tu. Tak ke masalah tu?

Lepas tu kalau nenek ni tak datang program tu, kang kena masuk makamah kan payah.

Sumber: mStar Online

2 Komen:

eray said...

hahaha...no ic pun boleh salah

Kyuubi said...

@eray
tulah pasal. entah nk salahkan siapa