Makan Cendol Pulut Masa Cuaca Yang Panas Memang Menyegarkan


Musim panas kalau makan benda yang sejuk memang sangat menyegarkan. Banyak pilihan makanan atau minuman kalau di Malaysia ni. Sebab Malaysia memang boleh dipanggil syurga makanan juga lah. Nak pilih ABC, nak Ais Krim Goreng, cendol dan banyak lagi lah. Aku tahu sangat, sebab aku ni jenis yang akan makan saja. Malas nak tahu nama makanan tu.

So minggu lalu, sempat juga menjamah Cendol pulut kat tepi jalan tu. Walaupun gerai kat tepi jalan saja, namun ramai juga pengunjung yang stop by just nak makan cendol tu. Dah lah masa tu tengah panas terik, memang fresh. Sangat menyegarkan. Selalu lalu lalang kat tempat tu dengan member, tak pernah terfikif pula nak singgah tempat tu.


Tak pernah lagi rasa Cendol Pulut sebelum ni, bila rasa sekali memang lepas ni nak lagi. =)

Selama ni makan cendol saja tanpa nasi pulut tu. Rasa sedap juga, memang rasa nasi dengan ais batu dan entah susu apa diorang letak tu, rasa memang mix very well. Kat Sabah tidak ada cendol plus nasi pulut ni. Yang ada hanya cendol biasa saja.

Aku kesian pula kat kawan aku yang study dekat Indonesia. Dia selalu mengidam makan ABC. Indonesia tidak ada ABC katanya. Yang ada hanya Es Teler.

Credit : Aneka Resep Hidangan Spesial

Apa Es Teler tu pun aku tak tahu. Lebih kurang gambar kat atas kot. Nampak macam rupa ABC pun ada. Tapi kata member tu, rasa tak sesedap ABC dan tersangatlah manis. Itu pendapat dia.

Banyak lagi makanan yang aku nak try, lebih-lebih lagi makanan yang aku tak pernah cuba dan sedap pula. Tapi masa belum mengizinkan. Mungkin kalau dah habis belajar dan dah bekerja, mungkin bolelah menneruskan cita-cita luhur ini.


0 Komen: