Keputusan Safee Sali Memberi Risiko Diharamkan Dalam Aksi Bola Sepak Antarabangsa


Mungkin dalam sejarah bola sepak Malaysia, Safee Sali atau Mohammed Safee Mohammed Sali adalah pemain bola sepak negara yang paling berjaya. Seingat aku, dia adalah satu-satunya pemain negara yang bermain untuk kelab bola sepak luar Negara.

gambar safee sali, mohammed safee sali

Safee Sali juga adalah antara pemain harapan negara dalam peringkat antarabangsa. Namun keputusan Safee Sali untuk menandatangani kontrak lanjutan 2 tahun dengan kelab bola sepak  Indonesia, Pelita Jaya memberi risiko untuk dia diharamkan oleh Badan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dalam aksi antarabangsa.

Fifa Logo

Keputusan Safee Sali untuk kekal dalam Liga Super Indonesia (ISL) memberi risiko untuk dia diharamkan dari beraksi dalam peringkat antarabangsa berikutan dari keputusan FIFA yang memutuskan bahawa semua pemain yang beraksi dalam ISL tidak lagi layak untuk beraksi untuk pasukan kebangsaan mereka.

Namun, mengikut laporan, nilai kontrak terbaru Safee Sali mencecah RM2 Juta untuk 2 tahun dan memungkinkan dia untuk menerima gaji sebanyak RM90,000 sebulan, cukup untuk menjadikan Safee Sali seorang jutawan.

Dan jika benar laporan bahawa pemain ISL tidak lagi layak untuk bermain dalam pasukan kebangsaan mereka, ini bermakna Safee Sali juga akan terlepas peluang bermain untuk pasukan kebangsaan.

Mungkin keputusannya sedikit sebanyak membelakangi peranan untuk negara, namun Bola Sepak adalah kerjaya beliau dan adalah hak dia untuk bermain dengan pasukan mana yang dia nak. Dan Pasukan kebangsaan juga tidak mampu pergi jauh dalam arena antarabangsa buat masa ini, jadi biarlah Safee dengan keputusan beliau.

Sumber: Wisel! online

0 Komen: