Penyanyi Tersohor Tanah Air, Siti Nurhaliza Akan Berduet Dengan Sean Kingston?


Macam tak percaya bila terbaca dalam berita bahawa penyanyi terkenal tanah air, Datuk Siti Nurhaliza akan melancarkan single keduanya dalam bahasa inggeris yang bertajuk Remember You. Tahun 2011, Datuk Siti melancarkan album inggeris pertamanya, All Your Love dan muncul dengan single Falling In Love.


Tahun ini, Siti Nurhaliza akan muncul dengan Single inggeris ke 2 beliau. Dan yang istimewanya, dengar khabar, dia akan berduet dengan penyanyi yang terkenal dengan lagu Beautiful Girls, Sean Kingston.

Dan tak sangka pula single Siti ni dihasilkan di USA. Remember You diadun di Studio mixHous, Los Angeles, manakala proses mastering pula dilakukan di Oasis Mastering di Burbank, California.

Fuh cayalah Siti. Duet dengan Sean Kingston lagi tu. Moga lagu baru ni akan mencapai expectation peminat, apatah lagi dah berduet dengan penyanyi hebat macam Sean Kingston.

Sumber: Berita Harian Online

Selepas Lisa Surihani, Giliran Anna Raffali Pula Berkhawin


Selepas Perkhawinan Lisa Surihani dan Yusri KRU 23 Februari lalu, giliran Anna Raffali pula untuk mendirikan rumah tangga. Perkhawinan Anna Raffali dengan jejaka pilihan, Ahmad Aznaim Abdullah berlangsung pada 25 February iaitu sabtu lalu, tepat seperti yang digembar gemburkan sebelum ini.


Tahniah diucapkan pada Anna Raffali. Moga-moga perkhawinan ni tak sampai separuh jalan saja macam artis-artis yang lain.

Bazir duit saja buat majlis besar-besar, lepas tu tak sampai berapa tahun dah nak bercerai berai.


Konsep Rekaan iPhone 5 Yang Supercool


Produk Apple, iPhone dah jadi 1 fenomena baru dalam dunia teknologi. Dulu, sebelum iPhone 4S dilancarkan, banyak rumors tentang rekaan dan design yang nampak gila-gila dan futuristic. Dan ianya bukan iPhone 4S seperti yang ada sekarang ni, ianya iPhone 5!
Namun, yang pasti bila Apple lancarkan produk tersebut, ianya jadi iPhone 4S. Pasti peminat iPhone yang ternanti-nanti kemunculan iPhone ni terkecewa.

Apple iPhone 5 tidak akan keluar dalam masa yang terdekat, namun dah banyak design dari perekacipta yang cuba meneka rekaan iPhone 5 ni. Terbaru, pereka dari Itali Federico Ciccarese merekacipta versi iPhone 5 beliau.


 Rekaan ni nampak supercool dan comel. Kelihatan seperti Apple mouse.




Ini bukanlah rekaan iPhone 5 yang sebenar, tapi hanya imaginasi dari perekacipta Itali, Federico Ciccarese. Namun begitu rekaan ni nampak supercool dan hebat.

Bagaimanalah rupa sebenar iPhone 5 jika ianya dilancarkan?



HOT! Lisa Surihani Sah Bergelar isteri Yusri


Seperti yang mereka umumkan sebelum ini, akhirnya Lisa Surihani kini sah jadi isteri Yusri. Majlis perkhawinan Lisa dan Yusri berlangsung hari ini (khamis) 23 February pada pukul 9 tadi di Hotel Mariot Putrajaya.

Sekali lafaz sahaja, Yusry atau nama sebenar, Yusri Abdul Halim sah bergelar suami kepada pelakon popular Lisa Surihani Mohamed.

Majlis resepsi perkahwinan mereka pula akan diadakan ahad ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Berikut beberapa gambar perkhawinan Lisa Surihani dan Yusri yang berlangsung hari ini; dipetik dari beautifulnara.com






Untuk lebih banyak gambar, korang boleh melayari beautifulnara.com.

Jutaan tahniah kami ucapkan pada Lisa dan Yusri yang kini sah bergelar suami isteri. Semoga perkhawinan berakhr hingga ke akhir hayat. Jangan sampai separuh jalan saja, dah nak cerai.

Perkhawinan ini adalah yang pertama buat Lisa manakala ke 2 buat Yusri. So pandai-pandailah Yusri guide Lisa =)

Sekali lagi tahniah kepada Lisa Dan Yusri.


Keputusan Kelayakan Bola Sepak Sukan Olimpik London 2012: Malaysia Tewas Kepada Jepun


Mungkin belum tiba masanya lagi Pasukan Harimau Malaya untuk pergi lebih jauh lagi dalam arena bola sepak antarabangsa. Pasukan Harimau Malaya terpaksa akur dengan kehebatan Jepun dalam Saingan kelayakan Sukan Olimpik London 2012 Zon Asia apabila tewas 0-4.

Gol-gol Jepun dijaringkan oleh Sakai Hiroki (35'), Osako Yuya (44'), Haraguchi Genki (55') dan Saito Manabu (60').

Malaysia yang berada dalam kumpulan C bersama Jepun sebelum ni tewas kepada Jepun 0-2 dalam perlawanan pertama pada september 2011. Perlawanan ke 2 di Bukit Jalil juga menyaksikan Malaysia tewas 0-4, keputusan yang menyedihkan buat semua penyokong Psukan Harimau Malaya. Namun apakan daya, kita dah menyokong habisan-habisan tapi mereka yang beraksi di tengah padang.

Aku sempat juga menonton minit-minit terakhir perlawanan tersebut; Dan ternyata pasukan Malaysia belum mampu menyaingi gergasi bola sepak Asia ini.

Daripada apa yang aku tengok, banyak kelemahan yang boleh diperbiki, skill perlu dipertingkatkan. Pemain juga harus berfikiran tajam dan mampu membuat keputusan bijak dan cepat. Bukan perlu tahu tendang bola saja.

Semangat dah ada, cuma mungkin pemain perlukan lebih pendedahan. Mungkin sudah tiba masanya Persatuan Bola Sepak kita memikirkan langkah bagaimana untuk menaikkan keupayaan bola sepak Malaysia, bukan setakat mampu jadi jaguh kampung sahaja.

Cashout Pertama Dari ChurpChurp


Selepas setahun lebih join dengan ChurpChurp, akhirnya mampu juga aku cashout earning dari ChurpChurp ni. Walaupun bukan banyak, tapi ok lah daripada tidak ada, betul tak. Join ChurpChurp kira-kira bulan september 2010, kalau tak silap perkiraan aku, dah setahun 5 bulan aku join ChurpChurp. So kalau nak dikira, banyak juga campaign ChurpChurp yang aku terlepas. Yalah, aku ni bukannya aktif sangat dengan twitter tu.


Selepas 1 minit button cashout tu ku tekan, terus churpchurp emailkan aku cashout payment notice ni. Tengoklah, tak banyak pun cashout. So sekarang cuma menanti cek dari churpchurp ni. Bolehlah pakai beli hosting blog ni pula lepas ni dengan duit churpchurp ni. =)

Sangat berbaloi join churpchurp. Sambil sibuk main twitter dan facebook, boleh juga sempatkan diri promote iklan churpchurp. So siapa yang belum join churpchurp, cepat join churpchurp sekarang!


Not Safe For Work: Miera Liyana Yang Seksi


Selalu orang dok sebut Miera Liyana, aku saja yang tak kenal siapa gerangan Miera Liyana ni. Nak juga tahu kan, kot gadis hot dan cantik macam neelofa. haha. Yalah kan, kalau artis hot siapa tak nak tahu kan? So google kejap, dapatlah beberapa keping gambar Miera Liyana ni.


Hmm.. Not bad. Seksi gitu, nasib tak nampak puncak bukit yang putih melepak. haha.



Miera Liyana ni nak lawan dengan Miley Cyrus kot.


Pelik Tapi Benar: Nenek Tua Jadi Gadis Sunti


Pelik Tapi Benar. Nenek tua yang mempunyai empat (4) orang anak berusia antara 58 dan 70 tahun, 19 cucu serta 47 orang cicit akan menyambut harijadinya yang ke 16 pda 12 April ini.

Pelik, tapi itulah yang berlaku kepada seorang warga tua di Kangar, Perlis. Masalah ini terjadi gara-gara kesilapan dalam MyKad nenek tersebut yang tertera tarikh lahir beliau adalah pada 12 April 1996.

Akibat masalah ini juga, beliau gagal dalam permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Memang tak dapat aku bayangkan kalau masalah ini tak diselesaikan segera. Bayangkan kalau tiba-tiba nenek ni dapat panggilan untuk ke Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) disebabkan Kad Pengenalannya tu. Tak ke masalah tu?

Lepas tu kalau nenek ni tak datang program tu, kang kena masuk makamah kan payah.

Sumber: mStar Online

Kepada Peminat Game Angry Birds, Anda Kini Boleh Bermain Game Angry Birds Di Facebook


Sedar atau tidak, Angry Birds mungkin antara game yang paling terkenal di zaman ini. Siapa yang tidak kenal dengan angry birds. Budak kecil pun tahu, sampai ada member yang sanggup pusing sana sini demi nak cari baju angry birds nak bagi kat anak buah dia.



Dan kini Game ni maju setapak lagi. Kini pada peminat Angry Birds, korang sekarang dah boleh main Angry Birds di Facebook selepas ianya dilancarkan secara rasmi di Jakarta. Angry Birds versi facebook tidak ada banyak perbezaan dengan versi Komputer atau mobile phone korang.

Jadi pada yang tidak berkesempatan memiliki salinan game ni untuk main kat komputer peribadi, korang dah tak payah sedih sebab facebook dah ada angry birds. Aku pasti game ni akan jadi satu lagi fenomena kat facebook tidak lama lagi =)


Jadi pada siapa yang nak cuba main Angry Birds kat facebook, anda boleh pergi kat Facebook application untuk Angry Birds ni


Keputusan Safee Sali Memberi Risiko Diharamkan Dalam Aksi Bola Sepak Antarabangsa


Mungkin dalam sejarah bola sepak Malaysia, Safee Sali atau Mohammed Safee Mohammed Sali adalah pemain bola sepak negara yang paling berjaya. Seingat aku, dia adalah satu-satunya pemain negara yang bermain untuk kelab bola sepak luar Negara.

gambar safee sali, mohammed safee sali

Safee Sali juga adalah antara pemain harapan negara dalam peringkat antarabangsa. Namun keputusan Safee Sali untuk menandatangani kontrak lanjutan 2 tahun dengan kelab bola sepak  Indonesia, Pelita Jaya memberi risiko untuk dia diharamkan oleh Badan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dalam aksi antarabangsa.

Fifa Logo

Keputusan Safee Sali untuk kekal dalam Liga Super Indonesia (ISL) memberi risiko untuk dia diharamkan dari beraksi dalam peringkat antarabangsa berikutan dari keputusan FIFA yang memutuskan bahawa semua pemain yang beraksi dalam ISL tidak lagi layak untuk beraksi untuk pasukan kebangsaan mereka.

Namun, mengikut laporan, nilai kontrak terbaru Safee Sali mencecah RM2 Juta untuk 2 tahun dan memungkinkan dia untuk menerima gaji sebanyak RM90,000 sebulan, cukup untuk menjadikan Safee Sali seorang jutawan.

Dan jika benar laporan bahawa pemain ISL tidak lagi layak untuk bermain dalam pasukan kebangsaan mereka, ini bermakna Safee Sali juga akan terlepas peluang bermain untuk pasukan kebangsaan.

Mungkin keputusannya sedikit sebanyak membelakangi peranan untuk negara, namun Bola Sepak adalah kerjaya beliau dan adalah hak dia untuk bermain dengan pasukan mana yang dia nak. Dan Pasukan kebangsaan juga tidak mampu pergi jauh dalam arena antarabangsa buat masa ini, jadi biarlah Safee dengan keputusan beliau.

Sumber: Wisel! online

Cara Untuk Menukar Pelan Xpax Lama Kepada Pelan Baru Yang Jimat, Pelan X2


Sedang mencari pelan prabayar yang paling jimat di Malaysia buat masa ini? Aku syorkan korang gunakan pelan Xpax X2. Aku dah tukar dari Xpax pelan lama dan gunakan pelan X2 ni selama lebih kurang 4 bulan dan komen aku? Memang sangat puas hati dengan rate Xpax X2 ni.

So bagaimana cara nak menukar pelan Xpax lama kepada pelan Xpax X2 ni? Senang saja nak tukar kepada pelan baru ni.

Korang hanya boleh Type MIG X2 dan hantarkan ke 28882. Begitu mudah untuk menukar pelan ni.


Selepas beralih kepada pelan Xpax X2, korang akan menikmati panggilan hanya 28sen untuk 10 minit ke rangkaian celcom dan 28sen untuk 5 minit ke rangkaian lain. Jimat bukan?

Tapi untuk nombor Xpax yang diaktifkan sebelum 8 April 2011, nombor ni masih dalam pelan yang lama. Dan nombor yang diaktifkan selepas 8 April 2011, akan secara automatik menggunakan pelan X2.

Lepas dah tukar pelan bolehlah korang bergayut sepuas-puasnya dengan buah hati.

Kumpulan Evanescence Bakal Menggegarkan KL 23 Februari ini


Masih ingat kumpulan Evanescence? Rasanya aku dah lama tak dengar lagu diorang ni. Dulu pernah juga dengar lagu-lagu mereka macam lagu Bring Me To Life dan beberapa lagi lagu lain. Dan pada peminat Evanescence, 23 Februari ini mereka bakal menggegarkan KL secara live!

Credit: Evanescence - The official site

Kemunculan Band Evanescence di KL bersempena dengan kemunculan album Terbaru mereka, Evanescence.

So, pada peminat Evanescence, jangan ketinggalan untuk menyaksikan persembahan mereka pada 23 februari ini secara live. Tiket Evanescence KL Live boleh didapati di beberapa oulet seperti Rock Corner KLCC, Subang Parade, The Gardens, Midvalley Megamall, The Curve: Victoria Music Centre dan The Guitar Store.

Harga Tiket boleh didapati dengan harga daripada RM98 (tempat duduk bebas), RM198 (JS Zone) dan Rm298 (Rock Zone).


Keputusan Terkini Liga Perdana Inggeris 04 Februari 2012


Hari ini 7 Perlawanan Liga Perdana Inggeris Berlangsung membabitkan nama besar seperti Arsenal, Manchester City, Fulham dan Everton. Keputusan Perlawanan Arsenal menentang Blackburn menyaksikan Kebangkitan Arsenal dalam Kancah Liga Perdana Inggeris.

Berikut adalah Keputusan Penuh Dan Terkini Liga Perdana Inggeris 04 Februari 2012;


Norwich City ( 2 )  -  Bolton Wanderers ( 0 )




QPR ( 1 )  -  Wolverhampton Wanderers ( 2 )



Stoke City  ( 0 )  -  Sunderland  ( 1 )



West Bromwich Albion  ( 1 )  -  Swansea City ( 2 )


Wigan Athletic  ( 1 ) - Everton  ( 1 )


Arsenal  ( 7 ) - Blackburn  ( 1 )


Manchester City ( 3 ) -  Fulham  ( 0 )


Perlawanan yang dinanti esok 5 February adalah perlawanan antara Chelsea menentang Manchester United. Kepada peminat Manchester United dan Chelsea, sama-sama kita nantikan kesudahannya.


Makan Cendol Pulut Masa Cuaca Yang Panas Memang Menyegarkan


Musim panas kalau makan benda yang sejuk memang sangat menyegarkan. Banyak pilihan makanan atau minuman kalau di Malaysia ni. Sebab Malaysia memang boleh dipanggil syurga makanan juga lah. Nak pilih ABC, nak Ais Krim Goreng, cendol dan banyak lagi lah. Aku tahu sangat, sebab aku ni jenis yang akan makan saja. Malas nak tahu nama makanan tu.

So minggu lalu, sempat juga menjamah Cendol pulut kat tepi jalan tu. Walaupun gerai kat tepi jalan saja, namun ramai juga pengunjung yang stop by just nak makan cendol tu. Dah lah masa tu tengah panas terik, memang fresh. Sangat menyegarkan. Selalu lalu lalang kat tempat tu dengan member, tak pernah terfikif pula nak singgah tempat tu.


Tak pernah lagi rasa Cendol Pulut sebelum ni, bila rasa sekali memang lepas ni nak lagi. =)

Selama ni makan cendol saja tanpa nasi pulut tu. Rasa sedap juga, memang rasa nasi dengan ais batu dan entah susu apa diorang letak tu, rasa memang mix very well. Kat Sabah tidak ada cendol plus nasi pulut ni. Yang ada hanya cendol biasa saja.

Aku kesian pula kat kawan aku yang study dekat Indonesia. Dia selalu mengidam makan ABC. Indonesia tidak ada ABC katanya. Yang ada hanya Es Teler.

Credit : Aneka Resep Hidangan Spesial

Apa Es Teler tu pun aku tak tahu. Lebih kurang gambar kat atas kot. Nampak macam rupa ABC pun ada. Tapi kata member tu, rasa tak sesedap ABC dan tersangatlah manis. Itu pendapat dia.

Banyak lagi makanan yang aku nak try, lebih-lebih lagi makanan yang aku tak pernah cuba dan sedap pula. Tapi masa belum mengizinkan. Mungkin kalau dah habis belajar dan dah bekerja, mungkin bolelah menneruskan cita-cita luhur ini.


Rumah Terbalik Pertama Di Malaysia Berada Di Sabah Negeri Di Bawah Bayu


Sungguh bangga apabila rakyat negara kita juga kreatif seperti orang-orang kat eropah tu. Tak sangka seorang anak kelahiran Sabah Di Bawah Bayu telah membina sebuah Rumah Terbalik pertama di Malaysia di Kampung Bantayan-Telibong di Sabah. Rumah Terbalik ni dibina untuk menyampaikan mesej alam sekitar.

Pemiliknya berkata semua peralatan diletakkan secara terbalik seperti peti sejuk, dapur memasak dan periuk nasi di dapur serta mesin jahit. Dan dengar kata, kos pembinaan ruah ni menelan belanja sehingga setengah juta.


Ini Adalah antara sala satu sebab mengapa anda harus melawat sabah. Kalau nak melawat rumah ni, Pengunjung boleh melawat rumah terbalik ni dengan bayaran masuk sebanyak RM18 bagi orang dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak berusia sehingga 12 tahun.

Dan kalau anda seorang warga Malaysia yang memiliki MyKad, sila jangan lupa MyKad anda sebab anda dapat masuk rumah ni dengan bayaran RM10 sahaja.


Alamat rumah ni pula ialah:

Kg. Telibong, Batu 21, Jalan Telibong Tamparuli,, 89208 Tuaran Sabah, Malaysia



Credit to: 1 Suara Sabah Facebook


(Video) Nenek Tua Main Gitar Macam Pro


Sebenarnya, aku sendiri seorang yang suka main gitar. Sekarang pun aku masih belajar bermain gitar. Banyak lagi aku tak tahu. Dan dalam proses pembelajaran, aku dah binasakan 1 buah gitar. Namun begitu, tetap juga tak "terorist"

Dan yang aku paling geram bila nampak girls main gitar dengan teroristnya, lebih-lebih lagi nenek tua ni yang main gitar macam pro. @#$%^&*!





GRANDMA OWNING!!