Ana Raffali Akan Bernikah 25 Februari Tahun Ini?



Menurut laporan akhbar, Nur Hidayah Mohd Raffali, atau nama glamernya Ana Raffali, 27 dikhabarkan akan bernikah pada 25 Februari tahun ini, 2012. Dan lelaki bertuah itu adalah penguus peribadinya sendiri.



Namun Ana enggan mengesahkan tarikh tersebut, sebaliknya hanya akan mengadakan sidang media untuk mengumumkan berita ini selepas Anugerah Juara Lagu AJL 26 Ahad ini.

Namun Ana kecil hati apabila ada pihak yang mendakwa dia ingin menyembunyikan perkhawinan tersebut.

Ssaya sedang sibuk membuat persiapan untuk AJL26 pada Ahad ini. Saya dan keluarga sudah rancang untuk buat pengumuman perkahwinan selepas AJL selesai. Tidak sangka pula, berita itu sudah tersebar tanpa mendapatkan sebarang penjelasan atau pengesahan daripada saya terlebih dahulu

Dah adatnya kalau jadi artis memang macam tu. Kalau ada yang tak betul, mulalah orang ramai mengutuk. Kalau berita gembira lambat dihebohkan, mulalah orang kata sombong.

Namun apapun, kami ingin mengucapkan tahniah Kepada Ana Raffali atas berita pernikahan ini. Semoga segalanya berjalan lancar. Semoga berjaya juga dalam AJL 26 Ahad nanti.


Sumber: mStar Online


0 Komen: