Siri Kegemaran Ramai Merlin Musim Ke 4 Menemui Peminat Malaysia



Rasanya ini adalah berita baik untuk semua peminat Siri fantasy Merlin, dimana musim ke 4 siri Merlin akan menemui peminat di Malaysia pada 16 Disember ini. Stesen Televisyen TV3 bakal menyiarkan Episod musim baru Merlin 16 Disember ini pada pukul 10 malam dalam slot Mega Movie.


Siri ini pula akan ke ditayangkan di TV3 setiap minggu, setiap ahad pada pukul 10 malam bermula 18 Disember ini.

Siri Merlin musim ke 4 ini akan ditayangkan dalam 13 episode dengan Tema The Darkest Hour Is Just Before The Dawn. Musim ke 4 ini dikatakan lebih matang dan ganas dari 3 musim sebelum ini.

Populariti siri ini yang semakin meningkat menyebabkan, Musim ke 5 siri Merlin bakal dilancarkan.

Sedikit Sinopsis Musim ke 4;

Selepas kematian Uther, Athur menggantikan tempat Uther menjadi Raja Camelot. Keselamatan Camelot terletak dalam tangan Athur dan Merlin untuk menjada Camelot dari ancaman musuh. Morgana pula sentiasa cuba untuk membalas dendam terhadap Camelot.

Sementara itu, Agravaine, pakcik kepada Arthur iaitu abang kepada ibu Arthur, Ygraine kembali untuk membantu Arthur, tetapi adakah dia benar-benar boleh dipercayai kerana kelahiran Arthur adalah penyebab kepada kematian Adik perempuannya yang disayangi.

Tunggu dan saksikan Merlin Musim ke 4 di kaca tv anda tidak lama lagi!


12 Komen:

Magrib said...

menarik entry anda, buat saya tertarik untuk baca selalu.. suka dan minat.. nanti saya datang lagi.. suka dan follow blog anda...

ini entry terbaru dari saya.
warna mata boleh membuatkan anda cantik
cara gua hilangkan stress
lagu-lagu yang membuatkan gua ingatkan pada sesuatu situasi

SYZAROSLI said...

homaigodddddd,sya suke gile la merlin and auther ni. tapi plg suke gaius lah..hahahahahaha

Mellisa Rose said...

YEAHHHHHH tidak puas tgk d laptop jom tgk HD d TV !! XD

munna said...

kak munna mmg tgk citer ni dari season 1 lagi

fiza said...

Yeayyyy...memang tunggu citer nih.

Kyuubi said...

@Magrib
Terimah kasih kerana menyukai post blog ini

Kyuubi said...

@SYZAROSLI
haha! aku x tengok sangat cerita ni..

Kyuubi said...

@Mellisa Rose
tengok laptop cukup la. hohoho

Kyuubi said...

@munna
wah minat gak akak dengan cite ni ye :)

Kyuubi said...

@fiza
tak lama lagi keluar la tu :)

sengal said...

sape2 tahu camne nak tgk balik dari part 1(merlin 4)ni with malay subtitle

Kyuubi said...

@sengal
boleh try cek kat sini. tp tak pasti ada malay subtitle ke tak

http://www.ddmf.biz/2011/12/merlin-complete-season-1-3-hdtv-rmvb.html