Rakyat Malaysia Peminat Angry Birds? Jadi Antara Carian Terpantas Meningkat Di Google



Korang suka sangat ke main Games Angry Birds?

Angry Birds adalah antara keyword paling panas dan antara yang paling cepat meningkat tahun ini, 2011 dalam carian Google Malaysia, Google.com.my menurut laporan berita mStar hari ini. Antara carian lain adalah Facebook dan Program Maharaja lawak.

 

Mungkin minat sangat kot dengan Angry Birds sampaikan ada member aku beli baju Angry Birds. Angry Birds bukan kegemaran aku. Sangat membuatkan aku geram bila main benda ni. Baik tak payah main.

Blogger Fatin Liyana dan juga Habis Zalikha adalah antara lain yang menjadi carian popular termasuk Cikgu Shida dan Datuk Anwar Ibrahim.

Menurut Google, apa yang menjadi trend carian membolehkan kita membaca apa yang ada dalam fikiran rakyat Malaysia. So maknanya, Rakyat Malaysia lebih suka berhibur? Ooops!

Hmm, bila la ubipanas.com ni masuk dalam senarai carian panas dalam google ye?

source: mStar Online


2 Komen:

LydSunshine said...

mmg tak dpt disangkal lagi, org malaysia suka berhibur. Hal-hal serius semua nak buat2 tutup mata je.

Kyuubi said...

@LydSunshine
sokong dengan kenyataan lydsunshine