Penghujung Semester Adalah Masa Yang Paling Sibuk Bagi Student



Aku pasti penghujung semester bukanlah masa yang dinanti oleh semua student terutamanya aku.

Pada aku, penghujung semester adalah jangka masa yang paling sibuk dalam hidup seorang student university. Kalau korang seorang student, pasti tahu sebabnya. Kalau korang bukan student, cuba tengok kiri kanan korang, ada student tak? Hang pi tanya diorang.

Minggu ni kiranya minggu terakhir Semester ini sebelum final exam. So minggu ni aku memang sure tak cukup tidur.


Minggu ni sahaja, dah 3 test. Lepas tu presentation. Lepas tu nak submit assignment lagi. Geram betul. Mata sikit lagi nak jadi macam mata panda. Nasib juga tak bertukar jadi panda!!

Lepas kelas terakhir tadi, terasa macam;

Oh god! What a relief!


Terlepas juga beban di bahu.

Dah tak payah fikir pasal kelas, tak payah fikir nak bangun awal untuk ke kelas. Dan tak kisah sangat kalau tidur lewat sebab tak risau pun kalau bangun lambat. Dan maksudnya aku ada lebih masa untuk menulis di blog ini.

Dan ada masa untuk meneruskan sesi TV Series Marathon. Tapi sayang, Supernatural Season 7 dan Nikita bercuti sementara.

Beginilah kisah hidup student yang sentiasa berputar, sequence yang sama every semester. Buka sem baru, daftar course, masuk kelas, lepas tu test dan... Alamak! Fail!

But no worries, enjoy what you are doing and you will be happy :)


2 Komen:

SyasyaHaha said...

huhu kannnn...nescafe laa jd bestfren wktu gini.huhuh

Kyuubi said...

@SyasyaHaha
tula pasal. tanpa nescafe rasanya student susah nk survive. heheh