Minyak Masak Yang Digunakan Lebih Dari Sekali Tidak Sihat



Pada kebiasaannya. kebanyakan orang termasuk aku sendiri selalunya akan menggunakan minyak masak sekurang-kurangnya 2 kali sebelum dibuang. Yalah kan, kalau aku, konon nak jimat minyak masak, tak pernah terfikir pasal kesihatan. Aku tak tahu pula bagi orang lain.

Namun perbuatan yang kita anggap jimat ni sebenarnya tidak baik untuk kesihatan. Menurut Pusat Racun Negara, mereka yang mengambil atau memakan minyak masak yang digunakan berulang kali berisiko untuk mendapat hipertensi, kerosakan hati dan juga risiko kanser.

Menurut Pakar Runding Pusat Racun Negara, minyak masak yang digunakan berulang kali menyebabkan tahap kelikatan hidrokarbon minyak tersebut bertambah dan ini boleh menyebabkan masalah saluran Arteri tersumbat, hipertensi dan juga kerosakan hati.

Minyak masak dalam bungkusan 1 kg juga tidak sihat, menurut Lembaga sawit Malaysia.

Hmm, bahaya juga aku nak jimat masak ni. Lepas ni tak nak la recycle minyak masak lagi. Demi kesihatan :)
Korang pula pernah tak buat macam ni main recycle minyak masak?


Sumber: mStar Online


0 Komen: