Masih Ada Kah Toyol Di Zaman Ini?



Teringat filem Jangan Pandang Belakang Congkak beberapa tahun dulu, 2009 kalau tak silap aku, di mana Cat Farish berlakon sebagai seorang toyol. Zaman dulu mungkinlah toyol tu wujud, tapi zaman sekarang ni, masih wujudkah toyol? Masih ada kah yang memelihara toyol?



Persoalan ni timbul bila berlaku kecurian kat rumah sewa aku hari ni. Dan yang peliknya, pencuri tu hanya mencuri sebiji Handphone i-Phone 4, duit RM50. Laptop aku dan member yang lain tak terusik pun walaupun laptop kitorang bertempiaran dalam rumah.

Pencuri mana yang sanggup tinggalkan laptop dan hanya mencuri wang RM50 dan sebiji i-phone model lama?

Terkejut juga bila bangun pagi tadi, member bagitau ada kecurian kat bilik diorang, tapi nasib juga bilik aku tak terusik pun. Walaupun pintu bilik tak terkunci dan tingkap terbuka luas masa kitorang tidur.

Kitorang fikir, ada member lain dalam rumah yang buat hal memandangkan ada member menyewa yang baru masuk. Tapi ada kemustahilan disitu disebabkan beberapa bilik lain pula juga dimasuki cuma bantal dan katil saja yang berubah. Tak hilang benda pun. So muncul pula idea toyol ni.

Beberapa hari sebelum ni, kitorang memang sangat bising selama 2 hari kat rumah. So mungkin ada jiran yang tak puas hati dengan kitorang dan hantar toyol diorang ganggu kitorang kat rumah. Tapi itu cuma andaian, tak tahu betul atau tak. Tapi possibility tu ada.

Memandangkan benda dah jadi, redha sajalah. Kalau benar toyol yang buat, memang tak boleh nak buat apa. Cuma aku terfikir, benarkah toyol ni wujud dan masih wujudkah di zaman ini?

Tapi kalau ni perbuatan manusia, semoga orang tu mendapat balasan yang setimpal.


4 Komen:

Fendy said...

mungkin wujud..Wallahualam

Arie said...

As salam;

Teringat file toyol zaman 80-an dulu. Tajuk dah tak ingat tapi penjaga toyol tu bernama "Bachok". Memang dah tak tayang dah cerita tu sebab memang seram giler.

Terngiang-ngian kat telinga toyol tu memanggil "Bachok...Bachok...Bachok...Mari sini Bachok".

Ingat lagi tak ?

Anonymous said...

jom tengohttp://www.youtube.com/watch?v=cObrTrXZb3E&feature=player_detailpagek>>

Anonymous said...

@Ariehttp://www.youtube.com/watch?v=cObrTrXZb3E&feature=player_detailpage