(Gambar) Tahniah Pasangan Ana Dahlia Dan Mohd. Nadzri Redzuawan @ Chef Riz Selamat Berkahwin



Tahniah diucapkan kepada pelakon Ana Dahlia di atas perkahwinan dengan Mohd. Nadzri Redzuawan atau lebih popular, Chef Riz. Kepada siapa yang menonton rancangan MasterChef Malaysia di Astro Ria pasti kenal dengan Chef Riz ni.


gambar mStar Online

Perkahwinan Ana Dahlia dengan Chef Riz yang diadakan di rumah pengantin perempuan di Taiping Perak turut dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan terdekat pasangan pengantin manakala persandingan pula akan diadakan pada sebelah malam di Menara Kamalbina, Taman Tasik, Taiping, Perak.

Ana menerima wang hantaran berjumlah RM20,000 dengan 10 dulang hantaran, manakala, pihak Riz menerima 15 dulang.

Hmm memang padan diorang ni. Si gadis cantik dan jejaka tampan. Kita berharap lah agar mereka bahagia hingga ke akhir hayat. Jangan ajdi macam pasangan lain. Dah puas tukar lagi dan lagi dan lagi.

Sekali lagi tahniah pada Anna Dahlia dan Mohd. Nadzri Redzuawan diatas perkahwinan mereka :)


0 Komen: