Bagaimana Nak Jadi Pandai? - 10 Tabiat Manusia Yang Boleh Menyebabkan Kelembaban Otak



Otak merupakan salah 1 organ yang paling penting dalam badan manusia. Otak berfungsi mengawal segala aktiviti dalam badan seseorang, mengawal keupayaan seseorang menyelesaikan masalah dan megnhasilkan idea-idea baru.

Mungkin kadang-kadang kita tak sedar kita sukar berfikir dan menyelesaikan masalah dan menghasilkan idea baru. Mungkin juga kita terfikir " Kenapa diorang pintar, kenapa aku lembab?" "Bagaimana aku nak jadi pandai macam dorang?"

Sebenarnya ianya bergantung kepada otak kita, sejauh mana otak kita cekap dan terlatih.

Sedar atau tidak, terdapat banyak tabiat kita yang kita fikir adalah perkara biasa sebenarnya boleh menyebabkan kerosakan otak.


Ini adalah senarai 10 perkara atau tabiat manusia yang boleh menyebabkan kerosakan otak;


1. Tidak Mengambil Breakfast Atau Sarapan Pagi

Ramai dari kita sebenarnya tidak sedar tentang kepentingan sarapan pagi. Sebab itu, ramai yang tidak mengambil sarapan pagi sebelum memulakan aktiviti harian.

Sarapan pagi sebenarnya sangat penting sebagai sumber tenaga untuk memulakan hari anda. Tanpa sarapan pagi, seseorang akan mengalami kadar kandungan gula yang rendah dalam darah yang boleh menyebabkan kekurangan bekalan nutrien ke otak yang menyebabkan kemerosotan kecekapan otak.



2. Makan Berlebihan

Ramai orang suka makan berlebihan lebih-lebih lagi bila tertekan. Ini adalah pengalaman aku sendiri. Tapi tahukah anda sebenarnya tindakan ini boleh menyebabkan kemerosotan otak?

Makan berlebihan menyebabkan saluran arteri otak anda mengeras dan mengurangkan keupayaan otak anda dan menyebabkan anda tidak mampu untuk berfikir. Ramai orang yang terlebih makan akan merasa mengantuk selepas makan.



Tabiat Merokok kelihatan semakin diterima masyarakat dan menjadi tabiat biasa. Tapi ramai tidak menyedari sebenarnya tabiat merokok ini sangat bahaya. Merokok sebenarnya membahayakan kesihataan si perokok dan orang sekeliling anda.

Merokok sebenarnya boleh menyebabkan pengecutan otak yang boleh membawa kepada penyakit Alzheimer.


4.  Pengambilan Gula Yang Berlebihan

Makanan manis memang sedap tapi ada harga yang perlu dibayar. Pengambilan gula yang banyak menyebabkan proses penyerapan protein oleh badan terganggu. Ini boleh menyebabkan malnutrisi dan mengganggu perkembangan otak anda.


5. Pencemaran Udara

Otak memerlukan jumlah oxygen yang banyak untuk berufngsi. Pengambilan udara tercemar menyebabkan otak mengalami kekurangan bekalan oxygen. Ini akan menyebabkan kecekapan fungsi otak semakin menurun.


6. Tidur Yang Kurang

Tidak dinafikan tidur sangat diperlukan oleh seseorang individu. Tidur memberi rehat kepada otak kita dan masa untuk otak bermalas-malasan dan melepak. Kekurangan tidur yang berpanjangan boleh mempercepatkan kematian sel otak.


7. Membiarkan Kepala Dilitupi Semasa Tidur

Tidur dengan kepala yang dilitupi boleh menyebabkan kepekatan gas Karbon Dioksida meningkat dan mengurangkan kepekatan oksigen. Ini boleh memberi kesan kepada otak dan merosakkannya.


8. Bekerja Dalam Keadaan Sakit

Bekerja atau belajar atau melakukan aktiviti yang melibatkan otak dalam keadaan sakit boleh mengurangkan kecekapan otak dan juga mencederakan otak anda.



9. Kurang Aktiviti YAng Melatih Otak

Salah satu cara untuk otak lebih efisien ialah melatih mereka dengan aktivity yang melibatkan penggunaan otak seperti bermain catur dan macam-macam aktiviti.

Kurangnya aktiviti seperti ini menyebabkan kurangnya latihan terhadap otak yang menyebabkan otak menjadi lembab.



10. Kurang Bercakap

Perbualan yang bersifat intelektual boleh meningkatkan kecekapan otak.


Jadi untuk menjaga kesihatan otak dan meningkatkan keupayaan otak terutamanya kepada student macam aku, sila elakkan perkara-perkara diatas supaya otak berada dalam prestasi maximum.

So kalau nak study untuk test atau final exam, otak sentiasa boleh bekerja ke tahap maximum dan memberikan "pulangan lumayan".

2 Komen:

terbakor said...

halamak yang lain2 tu boleh. tapi tang smoke tu susah sangat xD

Kyuubi said...

@terbakor
buat slowly lah nk stop rokok. bukannya berfaedah sgt pun =)