Akhirnya Google Generate Sitelink Untuk Ubipanas.com



Setelah menanti lama, akhirnya Google Generate juga Sitelink untuk blog ni: satu lagi sebab semangat dan motivasi aku menulis blog semakin meningkat. Sebelum ni, bila tengok blog yang seangkatan dengan ubipanas.com ni Google generate kan sitelink, rasa macam "eh aku pun nak jugak".


Aku tak tahu sebenarnya apa significant terhadap blog kita jika ada sitelink. Apa yang aku tahu, bila ada sitelink ni, blog kita nampak hebat dalam search engine. haha! Best juga bila kita tengok dalam carian google untuk blog kita muncul sitelink ni.

Tengoklah blog hebat macam beautifulnara, redmummy, kennysia, denaihati, mashable, dan banyak lagi, semua ada sitelink. Dan nak dapatkan sitelink ni bukan senang.

Menurut Google, Sitelink adalah link ke page yang lain dalam satu laman web dibawah carian laman anda. Google akan generate sitelink secara Automatic dan bukan semua laman web atau blog punyai sitelink.

Betul lah kata orang, kalau tak ada motivasi untuk buat sesuatu kita tidak akan teruskan. Untuk menulis blog, tetapkan target anda dan berusaha capai target tersebut dengan usaha. Target aku nak blog ni dapat sitelink dah tercapai. Target seterusnya, tingkatkan Alexa ranking dan google PageRank!

Next post aku akan share apa yang aku dah lakukan untuk Google generate kan sitelink untuk blog ni :)


2 Komen:

Intanberlian said...

wee nak menyibuk. kite pun baru ade =P

Kyuubi said...

@Intanberlian
syukurlah dah dapat jugak sitelink ni =)