Masih Ada Kah Toyol Di Zaman Ini?



Teringat filem Jangan Pandang Belakang Congkak beberapa tahun dulu, 2009 kalau tak silap aku, di mana Cat Farish berlakon sebagai seorang toyol. Zaman dulu mungkinlah toyol tu wujud, tapi zaman sekarang ni, masih wujudkah toyol? Masih ada kah yang memelihara toyol?



Persoalan ni timbul bila berlaku kecurian kat rumah sewa aku hari ni. Dan yang peliknya, pencuri tu hanya mencuri sebiji Handphone i-Phone 4, duit RM50. Laptop aku dan member yang lain tak terusik pun walaupun laptop kitorang bertempiaran dalam rumah.

Pencuri mana yang sanggup tinggalkan laptop dan hanya mencuri wang RM50 dan sebiji i-phone model lama?

Terkejut juga bila bangun pagi tadi, member bagitau ada kecurian kat bilik diorang, tapi nasib juga bilik aku tak terusik pun. Walaupun pintu bilik tak terkunci dan tingkap terbuka luas masa kitorang tidur.

Kitorang fikir, ada member lain dalam rumah yang buat hal memandangkan ada member menyewa yang baru masuk. Tapi ada kemustahilan disitu disebabkan beberapa bilik lain pula juga dimasuki cuma bantal dan katil saja yang berubah. Tak hilang benda pun. So muncul pula idea toyol ni.

Beberapa hari sebelum ni, kitorang memang sangat bising selama 2 hari kat rumah. So mungkin ada jiran yang tak puas hati dengan kitorang dan hantar toyol diorang ganggu kitorang kat rumah. Tapi itu cuma andaian, tak tahu betul atau tak. Tapi possibility tu ada.

Memandangkan benda dah jadi, redha sajalah. Kalau benar toyol yang buat, memang tak boleh nak buat apa. Cuma aku terfikir, benarkah toyol ni wujud dan masih wujudkah di zaman ini?

Tapi kalau ni perbuatan manusia, semoga orang tu mendapat balasan yang setimpal.


Keputusan Terkini Liga Perdana Inggeris 28 Disember 2011



Hari ini berlangsung lagi 3 perlawanan Liga Perdana Inggeris membabitkan 6 pasukan. Dan tumpuan pastilah terarah kepada pertembungan Arsenal dan Wolverhampton Wanderers di Emirates Stadium, England dan pertembungan Swansea City dan kelab yang dibeli Datuk Tony Fernandez, Queens Park Rangers.

Berikut Keputusan Terkini Liga Perdana Inggeris 28 Disember 2011;


Arsenal ( 1 - 1 )  Wolverhampton Wanderers
Gervinho (7')          Steven Fletcher (38')


Swansea City     ( 1 - 1 )     Queens Park Rangers
Danny Graham (14')              Jamie Mackie (58')

Norwich City   ( 0 - 2 )   Tottenham Hotspur
                                        Gareth Bale (55')
                                        Gareth Bale (67')


Keputusan Lain Liga Perdana Inggeris;

Keputusan Terkini Liga Perdana Inggeris 26 Disember 2011


 

Bagaimana Nak Jadi Pandai? - 10 Tabiat Manusia Yang Boleh Menyebabkan Kelembaban Otak



Otak merupakan salah 1 organ yang paling penting dalam badan manusia. Otak berfungsi mengawal segala aktiviti dalam badan seseorang, mengawal keupayaan seseorang menyelesaikan masalah dan megnhasilkan idea-idea baru.

Mungkin kadang-kadang kita tak sedar kita sukar berfikir dan menyelesaikan masalah dan menghasilkan idea baru. Mungkin juga kita terfikir " Kenapa diorang pintar, kenapa aku lembab?" "Bagaimana aku nak jadi pandai macam dorang?"

Sebenarnya ianya bergantung kepada otak kita, sejauh mana otak kita cekap dan terlatih.

Sedar atau tidak, terdapat banyak tabiat kita yang kita fikir adalah perkara biasa sebenarnya boleh menyebabkan kerosakan otak.


Ini adalah senarai 10 perkara atau tabiat manusia yang boleh menyebabkan kerosakan otak;


1. Tidak Mengambil Breakfast Atau Sarapan Pagi

Ramai dari kita sebenarnya tidak sedar tentang kepentingan sarapan pagi. Sebab itu, ramai yang tidak mengambil sarapan pagi sebelum memulakan aktiviti harian.

Sarapan pagi sebenarnya sangat penting sebagai sumber tenaga untuk memulakan hari anda. Tanpa sarapan pagi, seseorang akan mengalami kadar kandungan gula yang rendah dalam darah yang boleh menyebabkan kekurangan bekalan nutrien ke otak yang menyebabkan kemerosotan kecekapan otak.



2. Makan Berlebihan

Ramai orang suka makan berlebihan lebih-lebih lagi bila tertekan. Ini adalah pengalaman aku sendiri. Tapi tahukah anda sebenarnya tindakan ini boleh menyebabkan kemerosotan otak?

Makan berlebihan menyebabkan saluran arteri otak anda mengeras dan mengurangkan keupayaan otak anda dan menyebabkan anda tidak mampu untuk berfikir. Ramai orang yang terlebih makan akan merasa mengantuk selepas makan.



Tabiat Merokok kelihatan semakin diterima masyarakat dan menjadi tabiat biasa. Tapi ramai tidak menyedari sebenarnya tabiat merokok ini sangat bahaya. Merokok sebenarnya membahayakan kesihataan si perokok dan orang sekeliling anda.

Merokok sebenarnya boleh menyebabkan pengecutan otak yang boleh membawa kepada penyakit Alzheimer.


4.  Pengambilan Gula Yang Berlebihan

Makanan manis memang sedap tapi ada harga yang perlu dibayar. Pengambilan gula yang banyak menyebabkan proses penyerapan protein oleh badan terganggu. Ini boleh menyebabkan malnutrisi dan mengganggu perkembangan otak anda.


5. Pencemaran Udara

Otak memerlukan jumlah oxygen yang banyak untuk berufngsi. Pengambilan udara tercemar menyebabkan otak mengalami kekurangan bekalan oxygen. Ini akan menyebabkan kecekapan fungsi otak semakin menurun.


6. Tidur Yang Kurang

Tidak dinafikan tidur sangat diperlukan oleh seseorang individu. Tidur memberi rehat kepada otak kita dan masa untuk otak bermalas-malasan dan melepak. Kekurangan tidur yang berpanjangan boleh mempercepatkan kematian sel otak.


7. Membiarkan Kepala Dilitupi Semasa Tidur

Tidur dengan kepala yang dilitupi boleh menyebabkan kepekatan gas Karbon Dioksida meningkat dan mengurangkan kepekatan oksigen. Ini boleh memberi kesan kepada otak dan merosakkannya.


8. Bekerja Dalam Keadaan Sakit

Bekerja atau belajar atau melakukan aktiviti yang melibatkan otak dalam keadaan sakit boleh mengurangkan kecekapan otak dan juga mencederakan otak anda.



9. Kurang Aktiviti YAng Melatih Otak

Salah satu cara untuk otak lebih efisien ialah melatih mereka dengan aktivity yang melibatkan penggunaan otak seperti bermain catur dan macam-macam aktiviti.

Kurangnya aktiviti seperti ini menyebabkan kurangnya latihan terhadap otak yang menyebabkan otak menjadi lembab.



10. Kurang Bercakap

Perbualan yang bersifat intelektual boleh meningkatkan kecekapan otak.


Jadi untuk menjaga kesihatan otak dan meningkatkan keupayaan otak terutamanya kepada student macam aku, sila elakkan perkara-perkara diatas supaya otak berada dalam prestasi maximum.

So kalau nak study untuk test atau final exam, otak sentiasa boleh bekerja ke tahap maximum dan memberikan "pulangan lumayan".

Keputusan Terkini Liga Perdana Inggeris 26 Disember 2011



Selepas Christmas semalam 25 Disember 2011, Liga Perdana Inggeris terus membuka tirai dengan 7 lagi perlawanan berlangsung membabitkan 14 pasukan.

Perlawanan tumpuan pastilah pendahulu Liga, Manchester City menentang West Brom. Beberapa perlawanan tumpuan termasuklah Chelsea menentang Fulham, Manchester United menentang Wigan dan Liverpool menentang Blackburn Rovers.

Berikut adalah perlawanan yang berlangsung malam ini dan Keputusan Terkini Liga Perdana Inggeris;


Chelsea        vs      Fulham ( 1 - 1 )
Juan Matta (47')           Clint Dempsey (56')


   Bolton Wanderers    vs      Newcastle United ( 0 - 2 )
                                     Hatem Ben Arfa (69')
                             Demba Ba (71')


        Liverpool           vs     Blackburn Rovers ( 1 - 1 ) 
Charlie Adam (45' og)           Maxi Rodriquez (53')      


Manchester United v Wigan Athletic ( 5 - 0 )
Park Ji Sung (8')                                           
 Dimitar Berbatov (41')                                    
  Dimitar Berbatov (58')                                     
    Antonio Valencia (75')                                        
  Dimitar Berbatov (78' Pen)                               


Sunderland         vs            Everton ( 1 - 1 )
         Jack Colback (26')               Leighton Baines (51')     


West Bromwich Albion    vs     Manchester City ( 0 - 0 )


Stoke City     vs     Aston Villa ( 0 - 0 )



Malang bagi Manchester City yang terpaksa akur dengan West Bromwich apabila hanya mampu seri. Keputusan ini merapatkan jurang kedudukan dengan hanya perbezaan gol yang membezakan Manchester City sebagai pendahulu liga dengan Manchester United yang mengekori rapat.


HOT! Yusri Dan Lisa Surihani Akhirnya Mengumumkan Tarikh Perkhawinan Mereka



Berita HOT!

Seperti yang kami tulis semalam tentang pengumuman tarikh pernikahan Yusri dan Lisa Surihani, hari ini Yusri dan Lisa akhirnya meleraikan teka teki tentang tarikh perkhawinan mereka.

Bertempat di Hotel Mariot Putrajaya, Yusri dan Lisa membuat pengumuman kepada media mengenai tarikh pernikahan mereka.


Seperti yang dijangka semua pihak, mereka bakal bernikah awal tahun depan iaitu pada 23 february 2012. Majlis akad nikah mereka akan berlangsung di Majlis Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya. Majlis resepsi perkhawinan pula pada 26 Februari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).


Tahniahlah kami ucapkan pada Lisa Surihani walaupun banyak jejaka di Malaysia akan patah hati buat seketika dan tahniah juga pada Yusri. Jangan jadi dulu ok :)



HOT! Yusri Dan Lisa Surihani Akan Mengumumkan Tarikh Pernikahan Mereka Sabtu Ini



Berita hot!

Pelakon hot Lisa Surihani dan Yusri dikhabarkan akan mengumumkan Tarikh Pernikahan mereka selepas lama membisu mengenai tarikh Pernikahan diorang ni. Mereka akan mengumukannya Sabtu ini iaitu esok.

Gambar @ mStar Online


Lisa Surihani dan Yusri yang membuat pengakuan mengenai hubungan cintan cintun mereka Jun lalu dikatakan akan melangsungkan pernikahan awal tahun depan, Tahun 2012.

Tahniah atas berita ini. Hmm, semoga lah hubungan akan sentiasa kekal hingga ke akhir hayat. Jangan lah jadi macam yang dulu ye Yusri? :)

Hmm, Lisa pula janganlah nak sembunyi-sembunyi pasal kahwin ni. Ramai jejaka akan terluka dan patah hati tau. :)


Keputusan Terkini Liga Perdana Inggreris 22 Disember: Chelsea vs Tottenham Hotspur



Awal pagi tadi berlangsung 1 perlawanan Liga Perdana Inggeris pertembungan Chelsea FC dan Tottenham Hotspur. Spurs yang menerima kunjungan Chelsea di Stadium White Hart Lane nampaknya tidak dapat memanfaatkan kelebihan bermain di tempat sendiri. Chelsea pula tidak dapat meneruskan kecemerlangan.

Keputusan penuh perlawanan;

Tottenham Hotspur   vs   Chelsea FC

Emannuel Adebayor (8')      Daniel Sturridge (23')


Keputusan Lain Liga Perdana Inggeris;

Keputusan Terkini Liga Perdana Inggeris 21 Disember



Penghujung Semester Adalah Masa Yang Paling Sibuk Bagi Student



Aku pasti penghujung semester bukanlah masa yang dinanti oleh semua student terutamanya aku.

Pada aku, penghujung semester adalah jangka masa yang paling sibuk dalam hidup seorang student university. Kalau korang seorang student, pasti tahu sebabnya. Kalau korang bukan student, cuba tengok kiri kanan korang, ada student tak? Hang pi tanya diorang.

Minggu ni kiranya minggu terakhir Semester ini sebelum final exam. So minggu ni aku memang sure tak cukup tidur.


Minggu ni sahaja, dah 3 test. Lepas tu presentation. Lepas tu nak submit assignment lagi. Geram betul. Mata sikit lagi nak jadi macam mata panda. Nasib juga tak bertukar jadi panda!!

Lepas kelas terakhir tadi, terasa macam;

Oh god! What a relief!


Terlepas juga beban di bahu.

Dah tak payah fikir pasal kelas, tak payah fikir nak bangun awal untuk ke kelas. Dan tak kisah sangat kalau tidur lewat sebab tak risau pun kalau bangun lambat. Dan maksudnya aku ada lebih masa untuk menulis di blog ini.

Dan ada masa untuk meneruskan sesi TV Series Marathon. Tapi sayang, Supernatural Season 7 dan Nikita bercuti sementara.

Beginilah kisah hidup student yang sentiasa berputar, sequence yang sama every semester. Buka sem baru, daftar course, masuk kelas, lepas tu test dan... Alamak! Fail!

But no worries, enjoy what you are doing and you will be happy :)


Keputusan Terkini Liga Perdana Inggeris 21 Disember 2011



Sempena Krismas yang akan menjelang ahad ini, 25 Disember 2011, terdapat sedikit perubahan dalam Jadual perlawanan Liga Perdana Inggeris untuk minggu ni dan minggu depan. Jadi hari ini berlangsung 7 perlawanan Liga Perdana Inggeris. Manchester City masih kekal di tangga teratas liga manakala Manchester United kembali berbisa.

Berikut Keputusan Terkini Liga Perdana Inggeris 21 Disember 2011;



Aston Villa vs Arsenal ( 1 - 2 )




Manchester City vs Stoke City ( 3 - 0 )




Newcastle United vs West Bromwich Albion ( 2 - 3 )




Everton vs Swansea City ( 1 - 0 )




Fulham vs Manchester United ( 0 - 5 )




QPR vs Sunderland ( 2 - 3 )




Wigan Athletic vs Liverpool ( 0 -  0 )


p/s: Terdapat banyak perlwanan Liga Perdana Inggeris sempena Krismas. Pasukan yang memenangi banyak perlawanan dalam musim Krismas berkemungkinan akan menjuarai Liga.



Akhirnya Google Generate Sitelink Untuk Ubipanas.com



Setelah menanti lama, akhirnya Google Generate juga Sitelink untuk blog ni: satu lagi sebab semangat dan motivasi aku menulis blog semakin meningkat. Sebelum ni, bila tengok blog yang seangkatan dengan ubipanas.com ni Google generate kan sitelink, rasa macam "eh aku pun nak jugak".


Aku tak tahu sebenarnya apa significant terhadap blog kita jika ada sitelink. Apa yang aku tahu, bila ada sitelink ni, blog kita nampak hebat dalam search engine. haha! Best juga bila kita tengok dalam carian google untuk blog kita muncul sitelink ni.

Tengoklah blog hebat macam beautifulnara, redmummy, kennysia, denaihati, mashable, dan banyak lagi, semua ada sitelink. Dan nak dapatkan sitelink ni bukan senang.

Menurut Google, Sitelink adalah link ke page yang lain dalam satu laman web dibawah carian laman anda. Google akan generate sitelink secara Automatic dan bukan semua laman web atau blog punyai sitelink.

Betul lah kata orang, kalau tak ada motivasi untuk buat sesuatu kita tidak akan teruskan. Untuk menulis blog, tetapkan target anda dan berusaha capai target tersebut dengan usaha. Target aku nak blog ni dapat sitelink dah tercapai. Target seterusnya, tingkatkan Alexa ranking dan google PageRank!

Next post aku akan share apa yang aku dah lakukan untuk Google generate kan sitelink untuk blog ni :)


Keputusan Terkini Liga Perdana Inggeris 18/19 Disember 2011



Hari ini 4 lagi perlawanan Liga Perdana Inggeris berlangsung dan perlawanan tumpuan sudah pasti Manchester United menentang QPR dan Manchester City menentang Arsenal. United perlu menang untuk merapatkan jurang mata dengan City manakala City perlu menang untuk mengekalkan jurang 2 mata yang ada sekarang.

Berikut Keputusan Terkini Liga Perdana Inggeris;


QPR vs Manchester United   ( 0 - 2 )


Aston Villa vs Liverpool  ( 0 - 2 )


Tottenham Hotspurs vs Sunderland ( 1 - 0 )


Manchester City vs Arsenal ( 1 - 0 )


Keputusan lain:



Keputusan Terkini Liga Perdana Inggeris 18 Disember 2011



Hari ini berlangsung lagi 6 perlawanan Liga Perdana Inggeris. Perlawanan yang menjadi tumpuan adalah Perlawanan Chelsea menentang Wigan Athletic selepas kejayaan Chelsea memecah rekod tanpa kalah Manchester City minggu lalu.

Berikut adalah keputusan penuh Liga Perdana Inggeris hari ini.


Blackburn Rovers vs West Bromwich Albion ( 1 - 2 )


Everton vs Norwich City  ( 1 - 1 )


Fulham vs Bolton Wanderers ( 2 - 0 )


Newcastle United vs Swansea City ( 0 - 0 )


Wolverhampton Wanderers vs Stoke City  ( 1 - 2 )


Wigan Athletic vs Chelsea ( 1 - 1 )


Sorry, The Day is Brighter Without You





Widget Kegemaran Anda Shoutmix Akan Dhentikan Perkhidmatan



Salah satu elemen yang menjadi pilihan para blogger untuk blog mereka adalah dengan meletakkan widget chat. Dan banyak yang memilih Shoutmix, termasuk juga blog ni. Terdapat 2 pelan untuk Shoutmix iaitu pelan percuma dan pelan premium yang dikenakan bayaran.
Namun apakan daya jodoh tiada. Pelan percuma Shoutmix akan dihentikan perkhidmatan. Hanya pelan premium yang akan diteruskan menurut tuan punya perkhidmtan shoutmix free plan Chat.


Kalau para pengguna Shoutmix perasan, dah lama link important notice muncul pada setiap Shoutmit widget yang dipasang, cuma mungkin kita tak perasan. Aku baru saja perasan benda ni.






Hanya premium service sahaja yang akan beroperasi dengan harga hanya $0.99 sebulan.


Existing users will be able to continue using their accounts at no cost right now. The transition will begin within a few weeks. Eventually, users with free accounts will need to switch to a paying plan or stop using the service. The date is set at January 1, 2012. After this date, free accounts will stop working unless upgraded to a paid plan.
The good news is that ShoutMix will be available for only $0.99/month and will be available effective immediately. For our old version (the Classic) it will only be available in Premium package which costs approximately $1.67/month

So kalau tak nak pakai shoutmix berbayar, terpksa la mencari alternatif lain untuk widget ini. tau mungkin remove forever dari blog. Itu terpulang.
Buat masa ini, aku tengah consider sama ada nak gunakan Cbox widget untuk menggantikan Shoutmix atau remove forever dari blog. Setiap keputusan akan ada kebaikan dan keburukan.


Musim Exam Dah Dekat? Mari Lihat Bagaimana Student University Bahagikan Masa Untuk Exam







Miley Cyrus Buat Pembedahan Besarkan Payudara?



Hanya kerana mendedahkan sedikit belahan pada "Gunung Ajaibnya" penyanyi berusia 19 tahun, Miley Cyrus menerima pelbagai reaksi pada melihatnya termasuk dia dikatakan telah melalui pembedahan untuk membesarkan payudaranya.


 Picture @ Yahoo
"Payudaranya kelihatan cantik dan nampak bulat"

Itu yang diluahkan mereka yang melihatnya. Namun tuan punya badan menafikan yang dia melakukan "boob job"


Tweet Miley Cyrus yang menafikan Dakwaan Itu


I like statement Miley Cyrus ni. "Hei I'm 19, My boobs are still growing!"

The truth is, Boobs akan membesar sehingga penghujung zaman remaja seorang wanita. Tak hairanlah kalau ianya membesar, betul tak? Tapi kalau betul pun dia besarkan, jangan nampak macam barbie doll dah la ye? :)


The Flying Swords of Dragon Gate Disember Ini Di Malaysia



Dah lama nampaknya aku tak menulis tentang movie-movie baru. Ok hari ni nak cerita tentang filem China terbaru, The Flying Swords of Dragon Gate lakonan Jet Li dan arahan Tsui Hark yang akan ditayangkan di Malaysia 22 Disember ini. Ok serius aku tak kenal dengan Tsui Hark tapi Jet Li? Serius kenal! Dia antara pelakon kegemaran aku selain beberapa nama termasuk Jackie Chan.


Kalau dengan nama Jet Li pasti terfikir adegan bertumbuk, berlawan kung fu yang tak habis-habis. Filem The Flying Swords of Dragon Gate ini juga begitu. Jet Li memang salah seorang pelakon kegemaran aku kalau bab kung fu dan bertumbuk sejak dari dulu lagi.

Sedikit Sinopsis filem ni;

Dalam kerajaan China Zaman dulu, biasalah terdapat sida-sida atau pegawai kerajaan. Malangnya sida-sida ini bukan seperti yang diharapkan. Mereka adalah golongan jahat yang gilakan kuasa dan kekayaan. Mereka menubuhkan pasukan Polis Rahsia yang kejam dan bersenjatakan senjata pelik untuk mencapai impian jahat mereka.

 Picture @ wikipedia

Bekas general yang memimpin kumpulan baik pula dilucutkan jawatan oleh kumpulan sida yang jahat. Demi melindungi orang-orang yang tidak bersalah, General yang dilucutkan jawatan bangkit menentng kumpulan sida jahat.

Kemuncak konflik berlaku di sebuah rumah tumpangan, Dragon Inn dalam kawasan padang pasir negara tersebut. Disinilah pertarungan terakhir yang akan menentukan hidup dan mati mereka.




Filem ini akan ditayangkan pada 22 Disember 2011 Di malayia dalam 2 bahasa iaitu Mandarin dan Cantonese dalam 3D dan dikategorikan sebagai 13PG. So tak boleh bagi tengok pada budak-budak :)

Korang dah tengok Twilight Saga Breaking Dawn Part 1? Kepada Kaki wayang, nantikan pula cerita ni yang akan muncul di Panggung pada 22 Disember ini!


(Amaran) Berhati-Hati Semasa Memohon BR1M, Pastikan Borang Adalah Original Bukan Seperti Ini



Kepada sesiapa yang memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia, BR1M, Anda dinasihatkan supaya berhati-hati semasa memohon disebabkan banyak desas desus yang kami dengar tentang mereka yang cuba mengambil kesempatan. Pastikan Borang BR1M anda adalah original dan bukan seperti ini.


Gambr ini adalah antara salinan borang yang dikatakan palsu. Yang ni aku dapat dari facebook user yang share benda ni.

So pada kalian semua, sila berhati-hati dengan borang ni. Takut ada pihak yang ak ambl kesempatan.


Minyak Masak Yang Digunakan Lebih Dari Sekali Tidak Sihat



Pada kebiasaannya. kebanyakan orang termasuk aku sendiri selalunya akan menggunakan minyak masak sekurang-kurangnya 2 kali sebelum dibuang. Yalah kan, kalau aku, konon nak jimat minyak masak, tak pernah terfikir pasal kesihatan. Aku tak tahu pula bagi orang lain.

Namun perbuatan yang kita anggap jimat ni sebenarnya tidak baik untuk kesihatan. Menurut Pusat Racun Negara, mereka yang mengambil atau memakan minyak masak yang digunakan berulang kali berisiko untuk mendapat hipertensi, kerosakan hati dan juga risiko kanser.

Menurut Pakar Runding Pusat Racun Negara, minyak masak yang digunakan berulang kali menyebabkan tahap kelikatan hidrokarbon minyak tersebut bertambah dan ini boleh menyebabkan masalah saluran Arteri tersumbat, hipertensi dan juga kerosakan hati.

Minyak masak dalam bungkusan 1 kg juga tidak sihat, menurut Lembaga sawit Malaysia.

Hmm, bahaya juga aku nak jimat masak ni. Lepas ni tak nak la recycle minyak masak lagi. Demi kesihatan :)
Korang pula pernah tak buat macam ni main recycle minyak masak?


Sumber: mStar Online


Tuanku Abdul Halim Mua'dzam Shah Angkat Sumpah Yang Dipertuan Agong Ke-14 - Daulat Tuanku



Yang Dipertuan Agong ke 14 Negara, Tuanku Abdul Halim Mua'dzam Shah selamat mengangkat sumpah di Istana Negara pagi tadi menggantikan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin yang telah tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang Dipertuan Agong ke 13 semalam.

Tuanku Abdul HAlim dipilih menggantikan Sultan Mizan Zainal Abidin dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-226 (Khas) di Istana Negara pada 14 Okt lepas untuk tempoh 5 tahun berkuatkuasa hari ini.

Gambar @ NST

Ini merupakan kali ke 2 Tuanku Halim dipilih menjadi Yang Diprtuan Agong selepas pernah dipilih pada tahun 1970 untuk tempoh 5 tahun sehingga tahun 1975.

Kami mendoakan kesejahteraan Tuanku agar dapat menyempurnakan tugas dengan baik dan menyatukan semua rakyat Malaysia tidak kira bangsa atau agama.

Daulat Tuanku!


Ikon Sukan Gusti Hulk Hogan Gay?



Sebut saja Hulk Hogan mesti korang semua kenal. Hulk Hogan atau nama sebenarnya, Terry Bollea adalah antara ikon sukan gusti yang terkenal sebelum ni. Sekarang dia dah berumur 58 tahun, dah tak bergusti lagi kot. Aku dah lama tak layan gusti.

Picture @ IMDB

Baru-baru ni, Hulk Hogan memfailkan saman terhadap bekas isterinya, Linda Bollea. Dia memfailkan saman terhadap bekas isterinya yang menuduh Hogan seorang yang ganas, menderanya dan juga seorang gay! Linda juga menuduh bahawa Hogan mempunyai hubungan seksual dengan rakan ahli gusti lelaki.

OMG! Hulk Hogan Gay?

Bagaimanapun Hulk Hogan menafikan dia gay sambil menjelaskan bahawa jika dia seorang gay, dia akan mengakuinya. Whoa statement yang terbaik!

Hmm dah bercerai pun masih lagi ada issue yang belum selesai. Inilah masalah sekarang. Kahwin lepas tu cerai. Sampai mati ada saja issue yang tak selesai. Baik tak payah kahwin, senang cerita.


Sumber: Yahoo!


Keputusan Terkini Liga Perdana Inggeris: Chelsea vs Manchester City



Perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris untuk minggu ni berlangsung awal pagi tadi waktu Malaysia dimana pasukan Chelsea menerima kunjungan pendahulu liga, Manchester City. Chelsea akhirnya mengaibkan Manchester City buat pertama kali musim ini dengan menewaskan Manchester City. berikut keputusan penuh perlawanan.


Chelsea   vs   Manchester City ( 2 - 1 )

Raul Meireles 34'        Mario Balotelli 2'
Lampard 83' (pen)      Gael Clichy (Red Card) 58'


Dengan keputusan ini, Manchester City hanya dipisahkan 2 mata dari Manchester United manakala Chelsea melonjak naik ke kedudukan ke 3 dengan 5 mata di belakang Manchester United.

Keputusan lain Liga Perdana Inggeris minggu ni:

Keputusan Terkini Liga Perdana Inggeris 10 Disember 2011


(Gambar) Gambar Gerhana Bulan Pada 10 Disember 2011 Dari Seluruh Dunia



10 Disember 2011 menyaksikan dunia sekali lagi dapat menyaksikan Gerhana Bulan yang boleh dilihat dari seluruh Dunia. Tapi aku tidak ada peluang menikmati pemandangan gerhana bulan memandangkan tempat aku ni dilitupi awan sepanjang malam hari tu. So, terimah kasihlah pada mereka yang berjaya mengambil gambar kejadian gerhana bulan tu untuk tatapan kami yang tidak berkesempatan menontonnya.


Di rakam dari North of Oahu in Haleiwa, Hawaii 10 December 2011 (Reuters)


Dirakam dari Roman Pillars of Temple of Hercules di Amman (Reuters)


Dirakam di Tasik Pend Oreille Sandpoint, Idaho (Reuters)

 
Dirakam di Tokyo (AP)


 
Dirakam di New Delhi India (AP)

Dirakam Di Hong Kong (AP)


 Dirakam di Central Seoul (Reuters)



 
Dirakam Di Golden Gate Bridge, San Francisco (AP)


 
Dirakam Di Portland (AP)


 
Dirakam Di Tokyo (AP)

 
Dirakam Di Tokyo (AP)

 

Source: Yahoo!

 

Keputusan Terkini Liga Perdana Inggeris 12 Disember 2011



Selepas 7 perlawanan Liga Perdana Inggeris semalam, 2 lagi perlawanan Liga Perdana Inggeris Berlangsung Hari melibatkan 4 pasukan. Berikut keputusan penuh dan terkini perlawanan-perlawanan hari ini 12 Disember.

Sunderland vs Blackburn Rovers ( 2 - 1 )



Stoke City vs Tottenham Hotspurs ( 2 - 1 )

Pemain Tottenham, Younes Kaoul dilayangkan kad merah pada minit ke 82'



(Gambar) Tahniah Pasangan Ana Dahlia Dan Mohd. Nadzri Redzuawan @ Chef Riz Selamat Berkahwin



Tahniah diucapkan kepada pelakon Ana Dahlia di atas perkahwinan dengan Mohd. Nadzri Redzuawan atau lebih popular, Chef Riz. Kepada siapa yang menonton rancangan MasterChef Malaysia di Astro Ria pasti kenal dengan Chef Riz ni.


gambar mStar Online

Perkahwinan Ana Dahlia dengan Chef Riz yang diadakan di rumah pengantin perempuan di Taiping Perak turut dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan terdekat pasangan pengantin manakala persandingan pula akan diadakan pada sebelah malam di Menara Kamalbina, Taman Tasik, Taiping, Perak.

Ana menerima wang hantaran berjumlah RM20,000 dengan 10 dulang hantaran, manakala, pihak Riz menerima 15 dulang.

Hmm memang padan diorang ni. Si gadis cantik dan jejaka tampan. Kita berharap lah agar mereka bahagia hingga ke akhir hayat. Jangan ajdi macam pasangan lain. Dah puas tukar lagi dan lagi dan lagi.

Sekali lagi tahniah pada Anna Dahlia dan Mohd. Nadzri Redzuawan diatas perkahwinan mereka :)


Gambar Lindsay Lohan Posing Untuk Playboy Tersebar



Khabar angin yang kami dengar tentang Lindsay Lohan akan beraksi dalam majalah Lelaki nampaknya bukan lagi khabar angin. Baru-baru ni, gambar Linday Lohan beraksi untuk muka depan majalah terkenal Amerika itu tersebar di Internet.

Gambar tersebut yang dikatakan akan digunakan untuk January/February issue tersebar di Internet apabila seorang hacker menjumpai gambar-gambar tersebut dalam sebuah laman perkongsian fail yang berpusat di Russia.

He tracked the pictures down after they were either hacked or stolen and uploaded to a file-sharing website based in Russia.
The hacker admitted: 'I just pieced it together,' once the photos spread to peer-to-peer file sharing sites.
'All I cared about is how I got them,'


Lindsay Lohan Dikatakan dibayar $1million untuk beraksi dengan Majalah itu. Lindsay Lohan dipetik sebagai berkata;

Sex and sexuality are a part of nature and I go along with nature. I think Marilyn Monroe said that, and I agree with her. So knowing yourself and being comfortable with your body is an important thing for me as a woman. Everyone is entitled to their opinion, but that's mine

Mungkin mereka tidak kisah dengan benda-benda macam ni. That's a part of their life. But then they manipulated human, especially Man's weaknesses and turn it into money.

Nasib baiklah Majalah ni tak dijual di malaysia. Aku percaya ramai juga rakyat Malaysia yang akan beli majalah ni nanti :)


Source: Yahoo!, Daily Mail

Keputusan Terkini Liga Perdana Inggeris 10 Disember 2011



Semalam Berlangsung 7 lagi perlawanan Liga Perdana Inggeris melibatkan 14 pasukan. Manchester United kelihatan berjaya mencari rentak kemenangan selepas tersingkir dari saingan Liga Juara-Juara Eropah. Liverpool dan Arsenal Pula kelihatan Terkial-kial untuk menewaskan lawan masing-masing. Berikut Keputusan Terkini Liga Perdana Inggeris hari ini.

Arsenal vs Everton ( 1 - 0 )

Bolton vs Aston Villa ( 1 - 2 )

Liverpool vs QPR ( 1 - 0 )

Manchester United vs Wolverhampton Wanderers ( 4 - 1 )

Norwich City vs Newcastle ( 4 - 2 )

Swansea City vs Fulham ( 2 - 0 )

Westbromwich Albion vs Wigan Athletic ( 1 - 2 )


Perlawanan wajib tonton antara Chelsea FC dan Manchester City akan berlangsung 13 Disember pukul 4 pagi waktu malaysia (8 malam Waktu London)


Nasib Pokok Abadi Terbela, Selamat Dari Maut



Macam-macam keajaiban dan keindahan yang Alah berikan pada umatnya di bumi untuk dipelihara. Anda tak setuju? Lihatlah sekeliling. Semua yng terjadi adalah kerana kuasanya.

Di Madagascar, terdapat 313 pokok gergasi yang dikenali Baobab tumbuh setinggi 20 meter yang terancam dengan masalah mereput akibat dari ditenggelami air.


Pokok Baobab yang juga dikenali pohon abadi oleh penduduk tempatan terancam apabila sebuah kilan gugla dibina berhampiran dan menyalurkan air ke kawasan tersebut dan digunakan oleh penduduk tempatan untuk menanam padi.

Walaubagaimanapun, air tersebut menyebabkan akar pokok tersebut mereput. Tindakan pihak berkuasa yang mewartakan kawasan tersebut sebagai kawasan perlindungan memberi nasib cerah kepada pokok-pokok abadi tersebut.


Sumber: Kosmo Online


Pelakon Norish Karman Nafi Dakwaan Hamil Luar Nikah



Macam-macam gosip dan cerita dalam dunia hiburan tanah air ni. Terbaru, pelakon drama Spa Q, Norish Karman didakwa hamil luar nikah. Dia didakwa hamil luar nikah kerana lama menghilangkn diri dari dunia seni.


Namun Norish menafikan dakwaan itu dan menyatakan dia menghilangkan diri kerana sibuk dengan kerja dan anak-anak.

Apabila orang menonton saya di Festival Monodrama itu nanti, mereka dapat menilai sendiri sama ada khabar angin itu benar atau tidak. Secara logiknya, tiada siapa yang akan mengambil pelakon yang berbadan dua untuk berlakon di atas pentas - mStar Online

Biasalah kak. Kalau dah namanya artis, memang tak lekang dari gosip panas. Kalau takde gosip, bermaksud akak tu bukan artis. :)

Dunia hiburan memang sentiasa panas.

Sumber: mStar Online


My First Brilliant Artwork - Failed



Don't laugh at me. Ini adalah hasil pertama selepas pertama kali belajar menggunakan comic drawing software, Inkscape.





Play Angry Birds On Nokia 3310



Seious LOL!

You're so into Angry Birds? Play it on Nokia 3310. haha!





Source: lolhappens


Rakyat Malaysia Peminat Angry Birds? Jadi Antara Carian Terpantas Meningkat Di Google



Korang suka sangat ke main Games Angry Birds?

Angry Birds adalah antara keyword paling panas dan antara yang paling cepat meningkat tahun ini, 2011 dalam carian Google Malaysia, Google.com.my menurut laporan berita mStar hari ini. Antara carian lain adalah Facebook dan Program Maharaja lawak.

 

Mungkin minat sangat kot dengan Angry Birds sampaikan ada member aku beli baju Angry Birds. Angry Birds bukan kegemaran aku. Sangat membuatkan aku geram bila main benda ni. Baik tak payah main.

Blogger Fatin Liyana dan juga Habis Zalikha adalah antara lain yang menjadi carian popular termasuk Cikgu Shida dan Datuk Anwar Ibrahim.

Menurut Google, apa yang menjadi trend carian membolehkan kita membaca apa yang ada dalam fikiran rakyat Malaysia. So maknanya, Rakyat Malaysia lebih suka berhibur? Ooops!

Hmm, bila la ubipanas.com ni masuk dalam senarai carian panas dalam google ye?

source: mStar Online


Remaja-Remaja Berpendapatan Tinggi Holllywood



Hollywood tampak macam menjadi lubuk emas pada sesiapa yang bernasib baik untuk melibatkan diri dalam industri Hollywood sehingga berjaya menjadikan remaja-remaja ini jutawan pada usia belasan tahun.

Justin Bieber (17 Tahun) $53 Million



Justin Bieber adalah Remaja paling kaya dalam bidang Hiburan dengan memiliki $53 Million pada tahun 2010. Wang hasil dari Never Say Never Movie dan wangian jenama Someday.


Miley Cyrus (18 Tahun)  $48 Million


Kebanyakan wang dimiliki adalah hasil daripada tour Miley Cyrus.


Nick Jonas (18 Tahun) $12.5 Million


Nick Jonas pula memiliki $12.5 Million hasil dari penampilannya dalam televisyen.


Taylor Lautner (19 Tahun) $8.5 Million


$8.5 Million Miliknya hasil dari wataknya sebagai wolf dalam siri Twilight.


Angus T Jones (17 Tahun) $7.8 Million


$7.8 Million miliknya hasil dari siri tv Two and A Half Men dimana dia dibayar $200,000 untuk  1 episode.


Selena Gomez (19 Tahun) $5.5 Million


Si comel Selena Gomez memiliki 10% dari hasil Justin Bieber, Teman Lelakinya.



Jaden Smith (13 Tahun) $5 Million


Hasil dari lakonannya dalam The Karate Kids bBeliau mengumpulkan $5 Million Pada usia hanya 13 tahun.


Willow Smith (10 Tahun) $4 Million


Karier muziknya membolehkan Willow Smith meletakkan diri dalam senarai remaja terkaya dengan kekayaan $4 Million pada usia hanya 10 tahun.


Dakota Fanning (17 Tahun) $4 Million


Pelakon Comel, Dakota Fanning $4 Million Hasil dari siri terakhir Twilight Saga, Twilight Saga Breaking Dawn.


Elle Fanning (13 Tahun) $1.5 Million

 

Pelakon Comel, Elle Fanning Pul membawa pulang $1.5 Million Hasil Dari Filem Super 8



Kesemua mereka ini hanya bermumur belasan tahun tapi sudah memiliki Jutaan Dollar. Bayangkan berapa yang akan mereka miliki 10 atau 20 tahun dari sekarang.

Tidur berkatilkan Duit. Aku pada usia yang lebih tua dari mereka pula pening kepala bagaimana nak cari duit untuk menyara hidup.

Source: therichest.org


(Gambar) Interior Design Yang Paling Lucah



Serious LOL!



I wish i had one of these design in my house!

Source: lolhappens


Google Update Gmail Kini Berwajah Baru



Google akhirnya mengemas kini perkhidmatan elektronik mail mereka Gmail. Tak tahu sejak bila kemas kini tu bermula. Namun sejak beberapa hari yang lalu, kalau aku nak masuk Gmail, mesti ada saja link uptade to new look. Tapi aku tak kisah sangat dengan new look ke apa. Sebab rasa selesa juga dengan Gmail yang lama.

Link ni sentiasa ada di sebelah kanan bawah sekali

Tapi hari ni, my Gmail account automatically kena tukar ke wajah baru google, yang aku rasa not bad juga. dengan wajah yang nampak lebih modern, versatile dan semacam lebih ringan dari Gmail yang dulu.

wajah baru Gmail. Lebih elegant. Klik Untuk Tumbesaran.

Banyak juga fungsi ditambah dalam update kali ni termasuk Gmail New Theme. You all boleh tukar Background Theme untuk Gmail you all. Ada beberapa pilihan theme yang boleh dipilih. For mine, aku guna theme mountain.

 
Mine with Mountain Theme! Klik Untuk Tumbesaran.

Senang saja nak tukar Gmail Theme ni. Korang just klik pada gambar Gear pada sebelah kanan atas dan pilih pada tab Theme.

So bandingkan dengan design dan fungsi lama Gmail, aku rasa yang baru ni lebih baik. Pengguna punya lebih control terhadap apa korang nak buat pada Gmail korang.

Old Gmail Look. Klik untuk tumbesaran.

Pada sesiapa yang menggunakan Gmail, korang boleh mencuba Gmail New Look ini buat sementara waktu. kalau tak suka, korang boleh hantar feedback kepada Google. Korang juga boleh revert kepada old Gmail.

Namun demikian, Gmail New look akan dilancarkan secara rasmi kepada semua pengguna Gmail, samaada korang nak atau tidak.


Kalau korang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang fungsi yang ditambah ada Gmail, korang boleh pergi ke About Gmail’s new look page ni.