Tips Jimat Wang: Tukar Wallet Atau Dompet Untuk Tukar Feng Shui?



Aku pernah terbaca bahawa Wallet atau dompet mempunyai Feng Shui. Design atau warna menentukan apakah Feng Shui wallet atau dompet tersebut sama ada ianya membawa kepada kekayaan atau kestabilan dalam pekerjaan dan kewangan.

Benar atau tidak, aku tak pasti. Tapi sebagai seorang manusia, kita akan mencuba semua cara untuk mendapat hasil yang terbaik dalam apa jua benda. Baik tentang Feng Shui atau apapun. So aku pun nak cuba tukar Feng Shui dengan menukar dompet aku yang dah bertahun; rasanya dah hampir 5 tahun dompet tu berkhidmat dengan aku. Dah koyak sana sini dan bocor sana sini.

 Lebih kurang maca ni la Dompet Levis lama aku tu

Sekarang ni, aliran keluar duit aku melebihi dari aliran masuk. Duit cepat kering. Laju saja keluar dari dompet aku. Tapi tengok pada barang yang aku beli, tak banyak pun. Mungkin Fengshui tak baik kot.

jadi nak tukar Feng Shui jadi baik sikit, bertukar la dompet aku kali ni dari warna Cokelat kepada warna Hitam, bak kata orang; Hitam Itu menawan!

Ni la Rupa Dompet HItam Puma baru. Gambar serius Cikai Sebab guna Kamera Cikai

Harapan dengan dompat baru, maka Feng Shui pun jadi baru juga. Mudah-mudahan Rezeki bagus saja. Kalau tak, memang nak kena tukar lagi lah dompet baru nampaknya.


4 Komen:

iza said...

Assalam..
Ada kaitan ke?hahaha...
yang penting tanamkan dalam diri tu berapa yang perlu di simpan setiap bulan (jangan azam je...) agar time betul2 sesak, boleh guna...

blog-tips-kurus said...

PUMA kah? amboiii!!!!!

Kyuubi said...

@iza
haha. azam tak kuat kot. ye tak? :)

Kyuubi said...

@blog-tips-kurus
hahahaha!! nak merasa jugak :)