Padan Muka Mu Buat Assignment Last Minute



Biasalah kalau dah namanya student, memang ada saja kesibukan. Dengan assignment, nak kuiz, test lagi. Bila nak buat assignment yang berlambak? Nak study untuk kuiz dan test? Lepas tu nak ready untuk final exam lagi. Tapi biasalah, kalau dah namanya student ada saja alasan sibuk, walaupun pada hakikatnya tak sibuk pun. :)


Seriously, Student university yang cemerlang sebenarnya tak sibuk. Macam aku? haha! Diorang sendiri yang menyibukkan diri dengan berjoli, habiskan duit PTPTN. Lepas tu bila duit PTPTN dan habis, mula la call mak ayah nak minta dut, sebab duit dah habis. Alasan? Banyak beli buku, banyak kerja yang perlu beli barang..bla bla bla bla...so duit cepat habis.

Lepas tu, bila tarikh akhir nak hantar assignment tinggal 2 hari lagi, barulah sibuk sana sini cari bahan. Google sana sini, cari buku sana sini. Lepas tu, Bila encik Google tak dapat berikan maklumat yang diperolehi, mula maki hamun encik google. Seriously, yang ni member aku pernah buat. Sebab tu aku tahu. Esok nak hantar assignment, malam ni baru google mengGoogleKan diri. Bila benda tak keluar, dia maki hamun;

Apa Google ni. Aku cari benda satu pun takde. Please la!


Aku tak buat benda-benda macam ni. Aku student yang rajin. haha! Seriously! Sebab tulah sekarang ni aku dah pening nak siapkan assignment. Minggu ni saja ada 3 assignment nak kena submit. Lepas tu nak test lagi. ada 2 test kot!

Tajuk dah lama diberi, tapi kata orang, mood nak buat kerja belum tiba. Mood online fb dan berjoli je ada. Esok nak hantar baru mood datang; baru nak start buat.Lepas tu tak tidur 1 malam gara-gara assignment yang 1 tu.  Typical university student style. haha!



Pernah sekali, gara-gara terlalu asyik berseronok, terlupa nak buat assignment. Pukul 12 malam waktu Malaysia baru start buat kerja. Pukul 8.30 keesokan hari kena submit. So anyone, guess what i got for that assignment? Lulus kot!

Sebagai ingatan kepada diri sendiri, rakan taulan, rakan facebook, rakan blogger, rakan twitter, adik-adik yang baru berfikir nak masuk University, kuatkan iman pasang tekad. Jangan buat Assigment last minute, nanti padan mukamu jadi macam panda.



Sumber Gambar: Google


4 Komen:

HaiDa HiDa said...

hahaa.. muka mcam panda ya.. memang dah macam panda gak sikt2 ni.. bukan last minute jugak tapi keje byk sngt.. apa2 pun gud luck tuk semua adik2..

jedi said...

tu sikap student...aku pun camtu dulu

Kyuubi said...

@HaiDa HiDa
kalau dah memang banyak kerja, tak boleh nak kata apa la :)

Kyuubi said...

@jedi
hehe. sangat setuju :)