Movie Review - Twilight Saga Breaking Dawn Part 1




Twilight Saga kembali lagi kali ini dengan cerita yang penuh debaran: Breaking Dawn Part 1. Tayangan pembukaan di Malaysia pada 24 November iaitu semalam. Pada yang mengikuti siri Twilight ni, sudah pasti anda dapat mengagak jalan cerita, kisah percintaan Puntianak dan Manusia ni.

Siri kali ini lebih membawakan kisah percintaan romantik berbanding siri terdahulu yang lebih kepada aksi: Antara clan puntianak.


Sinopsis

Kisah bermula dengan perkhawinan antara Bella Swan dengan Kekasih puntianaknya, Edward Cullen. Kisah romantik berterusan bila Bella dan Suaminya, Edwad pergi berbulan madu. Seorang puntianak bersama dengan seorang manusia biasa pastinya ada perbezaan, lebih-lebih lagi Edward memiliki tenaga yang tidak dimiliki oleh manusa biasa.

Menyedari hakikat itu, Edward cuba mengawal dirinya terhadap Bella, walaupun Bella sedikit "gatal" dengannya. Ingatkan Panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari.


Tanpa disangka, Bella akhirnya mengandungkan anak Edward, suatu yang diluar jangkaan. Terkejut dengan berita tersebut Edward kembali dari bulan madu kepada keluarga Cullen. Bella pula dalam keadaan yang teruk dimana anak dalam kandungannya memberi kesan buruk pada dirinya; Anak campuran darah anusia biasa dan seorang puntianak.

Kembali ke tempat lama, Bella pula diancam oleh puak serigala apabila mengetahui dia mengandungkan anak Edward disebabkan mereka percaya anak tersebut membaw ancaman kepada puak serigala dan penduduk Bandar Forks.

Dan disaat Bella ingin melahirkan anaknya, nyawanya berada dalam bahaya. Hanya terdapat 2 pilihan yang ada: menukar Bella kepada puntianak atau membiarkan dia sebagai seorang manusia biasa tetapi dia akan terbunuh: saat yang sangat mendebarkan!


Pada pandangan aku sebagai seorang peminat siri Twilight, pada keseluruhannya Twilight Saga Breaking Dawn Part 1 ini tidak jauh bezanya dari siri terdahulu, Twilight Saga: New Moon (2009) dan Twilight Saga: Eclipse (2010).

Jika dibandingkan dengan siri terdahulu, bahagian kali ini nampak kurang aksi. Mungkin aksi lebih menarik akan dipaparkan pada Breaking Dawn Part 2 nanti.

Bagi aku, terdapat beberapa babak yang membuatkan aku tertanya-tanya. Dalam 1 adegan atas katil, yang kelihatan hanya mereka bermesra. Tapi apa yang kelihatan pada keesokan harinya, katil patah, tilam dan bantal koyak. Terdapat juga lebam pada badan Bella. Apa yang berlaku?

Apapun, berbaloi juga menonton filem ni walaupun tak sehebat yang disangkakan. Aku berharap lebih banyak aksi dan kejutan dalam siri kali ini, namun ternyata harapan tinggal harapan.

Mungkin Bahagian 2 yang akan dilancarkan pada tahun 2012 membawa lebih umph. Dapat juga kita kehidupan Bella sebagai Puntianak buat kali pertama dan anak mereka, separuh puntianak-separuh manusia, Renesmee.


6 Komen:

alinac lover said...

bole la nk g tgk nnti

So Shy Lady said...

best ni dik! ;D

cili_kering said...

wa..mcm bez...xp xd kesempatan tok g tgk..hehe...=)

Kyuubi said...

@alinac lover
tengok jgn x tengok :)

Kyuubi said...

@So Shy Lady
best tapi cerita tak lari jauh dari siri sebelum ni

Kyuubi said...

@cili_kering
cari la kesempatan itu. hehehe