Keputusan Terkini Liga Perdana Inggeris: Pertembungan Antara Tottenham Hotspur Dan Aston Villa



Awal pagi tadi Jam 4.00 (22.11.2011) waktu Malaysia (8.00 PM 21.11.2011 waktu London) berlangsung 1 lagi perlawanan Liga Perdana Inggeris Pertembungan antara Tottenham Hotspur dan Aston Villa di Stadium White Hart Lane yang menyaksikan kemenangan 2-0 Hotspur ke atas Aston Villa.


Tottenham yang beraksi di tempat sendiri memanfaatkan kelebihan apabila menewaskan Aston Villa 2-0 sekaligus melonjakkan kedudukan pada tangga ke 2 liga, 9 mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City.

Kedua-dua gol Spurs dijaringkan oleh Emmanuel Adebayor pada minit ke 14 dengan tendangan ala-ala sepak takraw dan gol ke 2 pada minit ke 40.

Sumber: Espn


0 Komen: