Keputusan Terkini Liga Perdana Inggeris Hari Ini Pusingan 12 Ahad 20.11. 2011



Setelah berlangsung 8 Perlawanan Liga Perdana Inggeris semalam, hari Ini (20.11.2011) berlangsung 1 lagi perlawanan Liga Perdana Inggeris melibatkan Pasukan Chelsea menentang Liverpool di Stadium Stanford Bridge. Jom ikuti Keputusan terkini Liga Perdana Inggeris Hari Ini.

Chelsea FC vs Liverpool FC


Chelsea yang melayan kunjungan Liverpool di tempat sendiri tidak mampu memanfaatkan kelebihan apabila tewas 1-2 kepada Liverpool. Banyak peluang yang dihasilkan namun tidak ada sentuhan yang mampu mengegarkan jaring pasukan Liverpool. Pada pertengahan babak pertama, bola kelihatan masuk ke gawang Liverpool namun ianya hanyalah deflection dari belakang gawang gol.

Gol pertama Liverpool hadir pada minit ke 33 melalui Maxi Rodriguez hasil daripada kesilapan pertahanan Chelsea dan gol kedua melalui Glen Johnson pada minit 87. Gol saguhati Chelsea pula hadir pada minit 55 melalui Daniel Sturridge.


1 Komen:

esempoi said...

mampu ke chelsea menang lawan wigan malam ni