Keputusan Terkini Liga Perdana Inggeris Pusingan 12 Sabtu 19.11. 2011



Hari ini (semalam) 19.11.2011, 16 pasukan mengharungi pusingan ke 12 Liga Perdana Inggeris dimana 8 perlawanan berlangsung. Sempat juga aku menonton 1 perlawanan, Manchester United menentang Swansea City dimana ianya berakhir MU menang 1-0. Jom lihat keputusan penuh perlawanan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung hari ini.

Norwich City vs Arsenal


Pertembungan antara Norwich City dan Arsenal menyaksikan Norwich terpaksa tunduk kepada Arsenal 2-1 walaupun beraksi di tempat sendiri. Jaringan Steve Morrison untuk Norwich City pada minit ke 15 bagaimanapun tidak mampu melemahkan semangat Arsenal yang menjaringkan 2 gol daripada penyerang sensasi mereka, Robin Van Persie pada minit ke 27 dan 58 membawa kepada kemenangan 2-1.

Everton vs Wolverhampton Wanderers


Everton yang bermain di tempat sendiri memanfaatkan kelebihan dengan menewaskan Wolverhampton Wanderers 2-1. Jaringan pendahuluan daripada Stephen Hunt daripada penalti pada minit ke 36 tidak memberi apa-apa makna apabila Everton bangkit menjaringkan 2 gol dari Phil Jagielka pada minit 44 dan penalti daripada Leighton Baines pada minit ke 83 melengkapkan kemenangan 2-1.

Manchester City vs Newcastle


Manchester City semakin berbisa dengan menundukkan Newcastle United 3-1. 2 penalti masing-masing dari Mario Balotelli pada minit 40 dan Sergio Aguero pada minit 72 dan 1 jaringan dari Micah Richards pada minit 43 menghampakan Newcastle United yang hanya mampu menjaringkan 1 gol pada minit 89.

Stoke City vs Queens Park Rangers


Stoke City yang menerima kunjungan QPR di laman sendiri terpaksa akur dengan QPR apabila tewas 2-3 kepada QPR. 2 jaringan dari Jonathan Walters dan Ryan Shawcross pada minit 7 dan 64 tidak mampu menghalang QPR apabila Heidar Helguson menjaringkan 2 gol pada minit 22 dan minit 53 manakala 1 dari Luke Young pada minit 44 menidakkan kemenangan Stoke City.

Sunderland vs Fulham

Pertembungan Sunderland dan Fulham pula menyaksikan perlawanan terikat 0-0. Walaupun kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dan beberapa percubaan dilakukan, namun tidak ada satu pun yang mampu menjaringkan gol. 

West Bromwich Albion vs Bolton Wanderers

 

West Bromwich yang bermain di tempat sendiri memanfaatkan kelebihan dengan menewaskan Bolton Wanderrers 2-1 hasil jaringan Jerome Thomas dan Shane Long pada minit 15 dan minit 55. Bolton pula hanya mampu membawa gol saguhati hasl jaringan Ivan Klasnic pada minit 20 melalui penalti.


Wigan Athletic vs Blackburn Rovers

 

Wigan Athletic yang bermain di tempat sendnri tidak mampu memanfaatkan kelebihan dengan hanya mampu seri sengan Blackburn 3-3. Walaupun Blackburn beraksi dengan 10 orang pemain pada minit 47 selepas David Dunn dilayangkan kad merah.

Swansea City vs Manchester United


Perlawanan terakhir hari ini menyaksikan Swansea City menerima kunjungan Manchester United. Manchester United sebagai bekas juara hanya mampu mengikat Swansea City dengan kemenangan 1-0 hasil jaringan Javier Hernandez pada minit 11.Swansea City memiliki beberapa peluang dan peluang keemasan hadir di minit 22 masa pertama tetapi tendangan Scott Sinclair tidak mengenai bola. Manchester United juga memiliki beberapa peluang namun tidak dapat disempurnakan dengan baik.

Sumber: Espn


2 Komen:

rebellion said...

akhirnya Newcastle kalah jugak, tapi bermaruah tu, 3-1, bukan 6-1.

QPR dapat menang dengan Stoke di tempat stoke, memang hebat macam ni

Kyuubi said...

@rebellion
QPR semakin meningkat prestasi diorg. Manchester City nmpak semakin menguasai keadaan