Keputusan Perlawanan Bola Sepak Sukan Sea Edisi Ke 26: Malaysia Juara!



Keputusan Perlawanan Akhir Bola Sepak Sukan SEA Antara Malaysia Menentang Musuh Tradisi, Indonesia berpihak kepada Malaysia apabila Malaysia menang Melalui Sepakan Penalti. Syabas Harimau Muda Malaysia!

Impian Malaysia untuk menjadi juara Sukan SEA menjadi kenyataan untuk edisi ke 26 malam ni. Walaupun Pasukan Indonesia berjaya menjaringkan gol seawal minit ke 5 perlawanan, semangat menentang pasukan Malaysia tidak goyah. Serangan demi serangan akhirnya membuahkan hasil apabila Malaysia menyumbat gol penyamaan minit ke 53.

Gol pasukan Indonesia berpunca dari sepakan sudut dan tandukan pemain pertahanan Indonesia, Gunawan yang tidak dikawal terus masuk ke gawang gol Pasukan Malaysia. Pada minit ke 35 perlawanan, Malaysia menyamakan kedudukan melalui tandukan Asrarudin Putra. Kedudukan berlanjutan hingga masa tambahan yang masih terikat dengan kedudukan 1-1.

Dan penentuan Sepakan penalti berpihak kepada Malaysia apabila menang 4-3 sepakan penalti. Syabas Harimau Muda! Dengan kemenangan ini, Malaysia memegang Emas untuk edisi 26 Sukan SEA.

Walaubagaimanapun dari apa yang aku tengok, masih terdapat banyak ruang untuk improvement. banyak kesilapan dan kelemahan yang masih boleh diperbaiki. Pasukan Indonesia juga tidak kurang hebatnya, namun mungkin Tuah memihak Malaysia untuk Edisi kali ini.

Juara asia Tenggara sudah menjadi milik Malaysia untuk kali ke 2 berturut-turut. So kepada pasukan Bola Sepak Malaysia, lepas ni target untuk Piala Asia Pula!


2 Komen:

abu idris said...

arrayah.info - Sihir Bola Sepak menjauhkan Umat dari Syariat Islam

Kyuubi said...

@abu idris
tak baik sihir2 ni