Selepas Laptop, Handphone la Pula


Beberapa bulan yang lalu, blog ni sunyi sepi seperti tidak ada pemilik; bagai rumah hantu lagaknya. Kalau rumah yang dah ditinggalkan bertahun-tahun tanpa penghuni, pasti orang sekeliling akan memikirkan sesuatu yang menakutkan. Contoh yang biasa, hantu.

 *Gambar Hiasan dari Google

Mungkin boleh juga dipanggil blog berhantu kalau berbulan-bulan blog tak diupdate. haha. Gara-gara laptop akhirnya tidak boleh digunakan lagi, tiba-tiba tak boleh nak on lagi, blog ni jadi blog berhantu. Baru-baru ni saja dapat juga aku memiliki sebiji netbook Asus walaupun tak sehebat mana. Boleh juga blog ni berupdate walaupun mood menulis semakin kurang. Bukan sengaja tak nak update, cuma rasa tak cukup masa nak buat semua benda.

Lepas laptop buat onar, kali ni handphone pula buat hal. Dah la pakai model Nokia keluaran zaman batu. Dia buat hal la pula. Masa poket kering la dia nak buat hal. Teringin pula nak pakai Iphone 4s. Tapi hajat tak kesampaian. Dah duit makan pun tak cukup tiap bulan, ada hati pila nak pakai iPhone. haha. Dasar manusia tak pernah nak puas hati.

Petang ni nak pi tengok handphone apa paling murah ada kat kedai. Nak jimat duit la katakan. Kalau laptop takde, takpe. Tak ada masalah. Kalau handphone yang takde, payah sikit. Sekarang ni handphone dah jadi macam keperluan asas.


0 Komen: