Keputusan Liga Perdana Inggeris: Penghinaan Buat Manchester United!



Perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Manchester United lawan Manchester City hari ini, 23hb October 2011 aku rasa adalah antara yang terburuk semenjak aku kenal dan minat dengan pasukan ni. Mungkin mereka adalah antara pasukan yang digeruni dalam Liga Perdana Inggeris. Namun tewas dengan jaringan 6-1 ditangan Manchester City adalah suatu yang sukar diterima!


Dah la bermain di tempat sendiri. Tapi memang diakui Manchester City pada musim ni adalah satu pasukan yang harus digeruni. Dengan barisan pemain handalan, pemilik pasukan Manchester City dah melabur berjuta-juta dollar untuk mendapatkan khidmat pemain ternama!

2 gol dari Mario Balotelli, 2 gol dari Edin Dzeko dan 1 gol masing-masing dari David Silva dan Sergio Aguero melenyapkan harapan ribuan penyokong Manchester United untuk menang. Berikut adalah kedudukan semasa Liga Perdana Inggeris.


Manchester City kini menduduki tangga pertama diikuti oleh Manchester United. Andai Chelsea yang kini sedang menentang QPR mampu menang, Chelsea akan menduduki tangga ke 2.

Musim baru sahaja bermula, jadi semua pasukan masih mempunya peluang untuk memperbaiki kelemahan pasukan masing-masing. Apa yang mampu aku katakan, "Bola itu bulat, jadi apa pun boleh berlaku di penghujung musim nanti"


4 Komen:

zaidihanafiah said...

kadang kala kat atas kadang kala dekat bawah hahaha

Anonymous said...

the worse lose ever haha..

Kyuubi said...

@zaidihanafiah
yup. betul tu :)

Kyuubi said...

@Anonymous
haha. rasanya mu x pernah kalah seteruk ni