Kebakaran Kolej Jati Uitm Shah Alam: Seorang Pelajar Telah Meninggal Dunia



Munkin ramai yang tahu tentang kejadian kebakaran di kolej jati UiTM Shah Alam beberapa minggu yang lalu. Aku pun tak pasti tarikh sebenar kejadian. Cuma tahu dari rakan-rakan. Dan dari rakaman yang dibuat, nampak agak kecil juga lah.


Tapi walaupun api nampak kecil sahaja, namun dari apa yang aku tahu, seorang pelajar yang tinggal dalam bilik berhampiran dengan kawasan terbakar telah mungkin disambar api dan terbakar, 3rd degree burn dalam clinical words yang membawa maksud luka terbakar yang teruk. Pelajar tersebut dimasukkan ke hospital, namun akhirnya meninggal hari ini.

Petikan dari post facebook Naib Canselor Uitm

Jika difikirkan, rasanya kejadian ini dapat dihindari. Manakan tidak, kebakaran ni disebabkan oleh puntung rokok yang dibuang oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Mungkin sudah tiba masanya untuk menguatkuasakan undang-undang rokok. Apatah lagi merokok ni haram sama juga dengan meminum minuman keras yang haram.

Dan mungkin juga disebabkan oleh reka bentuk bangunan itu sendiri. Kolej jati ni hanya ada 1 laluan sahaja untuk turun kebawah tanpa ada laluan kecemasan. Pada masa yang sama, tempat laluan sampah juga pada laluan yang sama.

Tiada siapa yang perlu disalahkan dalam hal ni. Apa yang pasti, 1 nyawa telah melayang dari kejadian ini. Jadi diharap la kita semua dapat mengambil iktiba dari kejadian ini.


5 Komen:

blog-tips-kurus said...

sebab rokok???

luahfikiran said...

SALAM,
MARI KITA SAMA2 AMBIL PENGAJARAN DRPD PERISTIWA INI

Kyuubi said...

@blog-tips-kurus
mungkin kebakaran tu disebabkan oleh rokok yg dibuang ke dalam tong sampah

Anonymous said...

It is a superb suggestions particularly to individuals new to blogosphere, temporary and exact information… Many thanks for sharing this a single. A need to go through write-up.

Anonymous said...

Soon after all, what an excellent web site and educational posts, I'll upload inbound website link - bookmark this website website? Regards, Reader.