Awas!! Darah Babi Ada Dalam Puntung Rokok!



Awas kepada penghisap rokok tegar diluar sana, terutamanya sekali kepada yang beragama Islam. Aku tak pasti samaada berita ini benar atau tidak. Gambar ni aku dapat dari rakan-rakan Facebook yang menyatakan bahawa darah babi atau Khinzir digunakan dalam puntung rokok.


Mungkin berita ini hanyalah rekaan sesetengah pihak. Namun niat disebaliknya adalah baik agar jumlah penghisap rokok tegar di negara ini dapat dikurangkan. Namun, jikalau benda ini adalah benar, baik dijauhi rokok itu. Merokok tu bukan baik sangat pun. Bawa banyak keburukan daripada kebaikan.

Benda ni pun rasanya dah lama tersebar. Aku try buat crian kat Google dengan keyword "Puntung Rokok Dari Darah Babi" dan apa yang aku jumpa, ada banyak lagi post dan juga dari akhbar online memaparkan berita ini. Sopada perokok diluar sana, jadikan benda ni sebagai inspirasi untuk berhenti merokok. Dan pada yang bukan muslim, merokok bukan sahaja membawa banyak masalah kesihatan, bahkan juga dari imej dan kebersihan diri.


Aku teringat seorang pensyarah aku pernah berkata;

"Kalau korang ada boyfriend atau girlfriend atau suami atau isteri, korang sanggup tak nak cium bibir diorang yang dah jadi perokok tegar dengan bau semacam disebabkan oleh tabiat menghisap rokok?"

Merokok Membawa padah!


0 Komen: