Akhirnya Ku Berjaya Miliki iPhone 4s!!



Percaya kah korang kalau aku katakan yang aku dah beli iPhone 4s?? Baik tak payah sebab ini adalah gurauan semata-mata. haha! Setahu aku iPhone 4s baru sahaja dilancarkan di US beberapa hari yang lalu dan belum lagi dilancarkan di Malaysia. So memang mimpilah kalau aku dah miliki handphone canggih yang ditunggu-tunggu ni.

Aku hanya mampu miliki handphone nokia model zaman batu selepas Handphone Nokia zaman purba aku meragam!

 Inilah Nokia 1616, model zaman batu yang berjya ku miliki

Aku yang masih belajar ni tak payahlah nak bergaya sangat dengan handphone mahal mengalahkan harga emas. Aku masih ingat member aku pernah kata "Apahal handphone mahal harga beribu tapi main topup RM5??" hahaha!!

Nanti dah cukup bajet, bagilah up sikit, handphone pakai Nokia C3 pun dah kira ok. Dulu masa handphone ni baru diperkenalkan, harga sebiji mahal. Hanya orang berada sahaja yang boleh pakai handphone. Tapi sekarang, handphone ni dah macam keperluan asas. Kalau takde handphone, memang tak lengkap. Bahkan budak sekolah rendah pun dah pakai handphone canggih.


Tapi biasalah, dunia sekarang semakin berubah dan canggih. Kadang-kadang handphone canggih ni yang bagi masalah. Gambar bogel tersebar angkara handphone kena curi dan macam-macam lagi. So, tepuk dada tanya selera. Semuanya berdasarkan kemahuan kita. Kalau pandai pakai tu, kena pandai juga lah nak jaga :)


1 Komen:

luahfikiran said...

SALAM,
TERINGIN ! ADA SAPE2 YG SUDI BERI SATU ?