Movie Review - Abduction (2011)



Sempena hujung minggu kali ni, biarpun masih sibuk mengatur hidup di sem yang baru, course registration belum settle, tapi sempat jugalah aku menikmati hujung minggu. Sebenarnya hajat hati nak tengok cerita Johnny English Reborn, tapi tak kesampaian bila tiket untuk wayang tu dah habis untuk masa yang aku nak tengok. So option?? Abduction lakonan Taylor Lautner dan si cantik manis Lily Colins.


Not bad jugalah cerita ni. Cerita ni mengisahkan Nathan, lakonan Taylor Lautner yang mengetahui kebenaran tentang hidupnya apabila dia menemui gambarnya semasa masih kecil dalam sebuah laman web yang melaporkan tentang orang hilang.

 Taylor Lautner

Aksi bermula apabila dia cuba melarikan dari CIA dan penjenayah yang cuba menangkap dia untuk memaksa ayahnya yang sebenar yang bekerja sebagai ejen rahsia.

Rasanya jika dibandingkan lakonan Taylor Lautner dalam Twilight dan Abduction, lakonannya lebih berkean dalam Twilight. Lakonan Taylor Lautner nampak sedikit kaku dalam filem ni. Namun ianya sedikit sebanyak dapat diselindungi oleh watak lain dalam filem ni.

Mungkin Taylor Lautner ni lebih sesuai untuk memegang watak aksi daripada watak yang tarpaksa menghayati emosi sesebuah watak tersebut.

Lily Colins

Kesan khas filem ni juga kurang jika dibandingkan dengan filem hebat yang lain. Tanpa kesan khas yang cukup power, susah nak mengangkat nama sesebuah filem tu walaupun dengan cerita yang hebat.

Untuk keseluruhannya aku nak bagi 3/5 untuk filem ni. Rating IMDB untuk filem ni pula ialah 3.5/10. Banyak lagi yang perlu dilakukan untuk meletakkan flem ni sebaris dengan filem-filem hebat yang lain.


2 Komen:

Fadzmie Mohamad said...

Rasanya ramai tengok filem ni cewek-cewek yang minat Taylor Lautner ni je. Haha.

# gemuk. satu pilihan atau takdir? #

Kyuubi said...

@Fadzmie Mohamad

Setuju sangat!!