Yusri (KRU) Bukan Jadi Pensyarah


Sebelum ni, terbaca mengenai Yusry KRU yang bakal menyertai barisan tenaga pengajar UiTM Shah Alam di Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik. Yusri dikatakan bakal menjadi pensyarah sambilan dan mengajar kursus Muzik Video, Kesan Visual Digital dan Komposisi.

Itu cerita sebelum ni. Namun hari ni, Ketua Program Animasi, Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik (FACT) UiTM, Ezwan Mohd Mokhtar meyatakan bahawa Yusry bukanlah menjadi pensyarah sambilan seperti yang digembar gemburkan. 

Dia hanya akan menjadi salah seorang penceramah jemputan bagi kursus kursus Muzik Video, Kesan Visual Digital dan Komposisi.

Untuk melantik seorang pensyarah sama ada secara sepenuh masa atau sambilan bukan semudah yang disangka kerana banyak proses dan prosedur harus dilaksanakan oleh pihak universiti terlebih dahulu. Mungkin perkara itu telah disalahtafsirkan, itu sahaja. Bagaimanapun, dia tetap akan memulakan tugasannya Jumaat ini. - Ezwan Mohd Mokhtar, mStar Online

Jadi dah sah bahawa Yusry (KRU) bukanlah menjadi pensyarah sambilan tapi sebagai penceramah jemputan bagi kursus tersebut. Namun penceramah atau pensyarah, tugas adalah sama iaitu mencurahkan ilmu yang ada. Yusry ni berpengalaman dalam bidang tu, jadi bertuahlah pada sesiapa yang masuk dengar ceramah dia ni nanti.

Jadi korang yang masuk dengar ceramah dia ni, jangan dok tengok muka Yusry sampai tak berkelip mata tu, tapi ambil ilmu yang dia akan curahkan nanti :)


2 Komen:

Kancilbiru said...

oh dipanggil bila perlu jer....gitu kisahnya..baru nak ambik gambaq ngan dia..ekekeek

munna said...

klu jadi pensyarah karang.. bukan budak sibuk nak belajar tapi sibok usha duda popular ni aje..