Vokalis Sam Keluar Dari BunkFace


Heboh diperkatakan hari ini tentang vokalis kumpulan Bunkface, Sam yang dikatakan akan meninggalkan kumpulan itu dan menubuhkan kumpulan sendiri yang dinamakan The Azenders. Sam dikatakan mennggalkan kumpulan Bunkface disebabkan mempunyai beberapa masalah dalam kumpulan.

Tempat Sam pula akan diambil alih oleh Myo, seorang ahli kumpulan Oh Chentaku.

Myo sudah pun mula berlatih dan membiasakan diri dengan lagu-lagu Bunkface dan mereka bakal mengadakan sebuah persembahan khas sempena penghijrahan Sam dalam kumpulan The Azenders sekitar bulan April depan. - mStar Online

Namun apa yang dilaporkan oleh akhbar dan media massa jauh tersimpang dari kenyataan kumpulan Bunkface dalam facebook fan Page mereka. Dalam fan page Kumpulan Bunkface, mereka menyatakan bahawa Sam tidak akan meningalkan kumpulan, cuma sedang mengusahakan projek beliau.

Dear all Bunkers and people out there, the rumors about Sam is quitting from Bunkface IS NOT TRUE..Bunkface is now focusing on developing our own Studio that will be opening soon and Sam is just busy preparing the tracks for The Azenders (his project band). So please don't believe any story that doesn't came out from us because it just a rumors. Bunkface is still Bunkface. Thanks guys! - Bunkface

So, mana 1 nak percaya ni? Nak percaya laporan akhbar mStar atau nak percayakan berita dari Bunkface sendiri? Tapi, takan nak percaya sumber lain selain dari tuan punya badan kan? Apa pun bagi aku, kita tunggu dan lihat saja apa yang akan terjadi di masa depan.

Segala persoalan pasti terungkai juga.


3 Komen:

suffer8zine said...

kenapa la, adoyaiii

Uchi kay-f @hmad said...

payah kalau wartawan lebih sudu dari kuah

bukankosong said...

tunggu dan lihat jeee