Ubipanas.com Lebih Panas Dari Biasa!


Walaupun ubipanas.com tak famous macam kim kardhasian, namun kini blog ini jadi lebih hangat dari biasa! Ya sudah tentu. Bak kata Fit,

P/s: eh baru aku perasan blog bro dah jadi blog hiburan ar.. boleh berjaya ni..good luck :). Fitrihadi.com

Blog ni bukan jadi blog hiburan sangat pun. Just idea nak tulis pun kering, so berhiburlah sekejap cuma. Lagipun nak bagi blog ni lebih hot sikit. Dah namanya pun ubipanas, mestilah nak bagi panas sikit. haha

Blog ubipanas ni tetap blog peribadi yang suka menulis cerita lebih hangat dari biasa. Menulis kisah peribadi aku sebagai seorang student yang merantau di tempat orang.. Walaupun tak la peribadi sangat pun. Berkongsi maklumat dan info berguna kepada semua. Pendek kata, blog ni jadi blog rojak.

Dan aku nak wujudkan lagi cerita baru, iaitu segmen cerita seram. So siapa yang suka dengan cerita seram-seram gitu, boleh la berhibur sambil ketawa baca cerita seram. errk? ada tak orang ketawa masa baca cerita seram? Ok, nevermind.

Tapi buat masa ni, aku tak aktif sangat menulis. Aku lebih pentingkan masa rehat dan tidur. Dan semestinya study. Kalau dulu, sanggup kurang tidur, semata-mata nak bagi blog update. Hasilnya, penat memanjang. Masuk kelas mata kuyu dan tak dapat nak tumpukan perhatian dalam kelas. So tak nak lagi macam tu. Ada masa update la. Kalau takde, biarkan saja.
 
So kalau blog ni tak berupdate selama berbulan-bulan ke, korang faham sajalah. Dan kalau aku tak membalas lawatan korang, jangan lah merajuk. Ada masa, aku akan tetap jejakkan kaki, menyemak di blog korang. hahaha!


3 Komen:

munna said...

betul tu ubi... masa belajar ni baik utamakan pelajaran dulu... nanti pointer drop susah pula...

suffer8zine said...

semoga makin suksess bro!

Terkini : Hotel Paling Pelik Di Dunia

C I K . F Y Z A said...

segmen seram???? nak join jugak..
nanti bila start,panggil cik fyza tau!!!
apa-apa pun..all the best untuk study!!
senyum2 selalu :)