Keputusan Peperiksaan STPM 2010 Diumum 21 Februari Ini


Hari yang dinanti oleh semua calon yang telah menduduki Peperiksaan Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM). Keputusan Sijil Tinggi Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) tahun 2010 akan diumumkan pada hari isnin bersamaan 21 Februari 2011.

Jadi, pada semua calon-calon yang telah menduduki peperiksaan, korang boleh memperolehi keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing bermula dari tengah hari 21 Februari 2011. Bagi calon persendirian pula, keputusan akan dihantar melalui pos.

Kalau korang malas nak datang ke sekolah atau malu nak jumpa kawan-kawan, keputusan peperiksaan juga boleh diketahui melalui khidmat pesanan ringkas. Cara untuk menyemak keputusan peperiksaan STPM melalui sms, taip STPM (jarak) diikuti dengan no kad pengenalan dan hantar ke 36363 atau dengan menaip KEPUTUSAN STPM (jarak) diikuti dengan no kad pengenalan dan hantar ke 15888.

Keputusan STPM juga boleh disemak melalui laman web Laman Web Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia bermula dari tengah hari hari isnin ni.

Jadi selamat berjaya pada semua calon STPM 2010, semoga mendapat keputusan yang cemerlang!


2 Komen:

suffer8zine said...

wahhh x lama je lagi ni

Terkini : 700 Ribu Kondom Hilang

maiMOONyet said...

gudluck ler sesiapa amek STPM tuh. hekhekhek ^^