Impian Siti Nurhaliza Tercapai, Hadiri Perasmian Masjid Bersama Suami


Siapa yang tak kenal dengan Siti Nurhaliza, penyanyi tersohor tanah air. Aku terpinga-pinga bila baca tweet Datuk Siti dalam twitternya.


Kata Datuk Siti, impiannya bersama suami sudah pun tercapai. Pantas yang bermain dalam fikirang tentulah aku terfikir Datuk Siti dah mengandung. Tapi bila aku terjah link tu, ternyata apa yang aku fikirkan melayang jauh. Apa yang aku nampak hanyalah gambar masjid Masjid Al-Khalidiah.


Rupa-rupanya Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa akan menghadiri Majlis Perasmian Masjid Al-Khalidiah, Kampung permatang Pasir, Kuala Muda, Kedah, Sabtu ini. Majlis perasmian majsid ini akan disempurnakan oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bermula pukul 11.30 pagi.

Dan yang menariknya, masjid ini dibangunkan oleh Yayasan Nurjiwa yang mana Yayasan Nurjiwa ini adalah sebuah badan kebajikan yang diilhamkan oleh Datuk Siti Dan Suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Yayasan yang ditubuhkan oleh pasangan suami isteri ni bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan terutamanya anak-anak yatim dan juga mangsa bencana alam.

Cantik nama diorang pilih ni. Bagai pinang dibelah 2. Kalau korang tengok betul-betul, nama Yayasan ini adalah gabungan nama Datuk Siti Nurhaliza Dan juga Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa. Sungguh Romantik diorang ni kan? :)

Bagus Datuk Siti ni. Tak pernah lupa pada yang memerlukan setelah berjaya dalam hidup. Susah nak cari orang macam ni sekarang, kan? So, kepada Datuk Siti dan suami, semoga terus berjaya dalam hidup dan berbahagia hingga ke akhir hayat. Moga dapat meneruskan niat baik ini di masa akan datang :)

Sumber mStar Online


6 Komen:

Uchi kay-f @hmad said...

semoge diberkati............

Nizam said...

Alhamdulillah...
semoga niat murni mereka ni diberkati Allah s.w.t

suffer8zine said...

wahhh bagus2 ni beramal untuk kebaikan

Terkini : Ikan Berkepala Buaya

Kancilbiru said...

twit dia agak suspen di situ...ekeke

toyolkiut said...

bnyk2 selebriti..
Datuk Siti terbaik..
sahsiah peribadi.. lagu2nya..
mmg evergreen dan d ingati smpai bila2..
tahniah n syabas..

zakeri said...

Nak rasmikan masjid jemputlah imam ker ustaz ker tok kadi ker...Siti Nurhaliza???? bukak aurat depan tv....semua orng tgk.... mangkuk betullah