Selamat Datang 2011, Selamat Tinggal 2010


Tanpa kita sedari, kita dah pun masuk tahun baru 2011. Seperti baru semalam tahun 2010 bermula, belum ada apa lagi yang dicapai dalam tahun 2010, ia pergi pula meninggalkan kita. Namun, apa yang pasti, biar beratus kali tahun silih berganti, kehidupan harus diteruskan. 

Kegagalan dan kekecewaan tahun 2010 usahlah dikenang lagi. Jadikan ianya satu inspirasi dan suatu yang memberi kita semangat untuk terus berjuang. Terlalu banyak dugaan dan rintangan yang harus kita hadapi. Jadi jangan mudah mengalah dan putus asa. Tanamkan azam dan berusahalah untuk mencapainya. Walaupun pada akhirnya kita tidak mampu mencapainya, akan tetapi ada juga sedikit pencapaian yang kita perolehi.

Terlalu banyak keinginan yang aku nak capai untuk tahun ni, namun apakah mampu untuk mencapainya? Berusaha sajalah dan berdoa agar segala usaha yang kita ambil membuahkan hasil. Semoga di tahun baru ini dapat memberi sesuatu kepada kita semua, suatu yang bermakna dalam hidup kita.

6 Komen:

noreed said...

selamat tahun baru. lupakan kesedihan dan kekecewaan thn yang lalu, langkah dgn yakin di thn baru ni

suffer8zine said...

happy new year

Terkini : Faizal Yusof Meninggal Dunia (Update)

munna said...

happy new year!!!

Kyuubi said...

@noreed
ya betul. mari berusaha untuk tahun baru ni..

Kyuubi said...

@suffer8zine
happy new year too :)

Kyuubi said...

@munna
happy new year! :)