Rumah Adalah Tempat Yang Terbaik


Dimanapun tempat di dunia, rumah adalah tempat yang terbaik untuk korang pergi. Walau rumah tak secantik mana, bagi aku rumah jugalah tempat yang aku nak pergi.

[ Gambar ]

Aku masih ingat dengan seorang member ni, dia tak suka sangat stay kat rumah, sebab dia tak suka ada mak dia kat rumah. Dia kata, mak dia ni jaga dia macam budak kecil, sebab tu dia nak lari cepat dari rumah.

Pernah sekali kitorang tinggal sebilik kat kolej kediaman, bila mak dia datang melawat, dia suru mak dia tu balik cepat-cepat. Motif? Aku tak tahu.

Tapi, bagi aku, rumah adalah heaven. Dan orang kata syurga terletak kat telapak kaki ibu. Sungguh! Dah bertahun aku selalu tinggal berjauhan dari rumah. Dan aku dah rasa hidup sendirian yang susah. Bila aku nak makan, terpaksa cari makan sendiri. Kat rumah, mak dah masak, tinggal aku masuk dapur, sumbat makanan dalam mulut.

Pada siapa yang terfikir nak lari dari rumah ke nak keluar cepat dari rumah ke, mungkin korang tak rasa kot hidup susah tanpa mak dan ayah. Korang yang ada mak dan ayah beria-ia nak tinggalkan diorang.

Bagi mereka yang dah kehilangan mak dan ayah, lebih-lebih lagi mereka yang kehilangannya sejak kecil, pastinya diorang sangat menghargai mereka!


21 Komen:

Botak said...

rumah tetap tempat yg terbaik..
kadang² tu pelik gak bila ade org yg nak berjauhan dgn mak ayah ni..

anyss said...

Salam,
Kat rumahlah best dok santai2 memalaskan diri ;)

Jom join;
Kontes Cerita Paling Lawak sedunia

Khairi said...

Betul. Ada orang suka duk rumah ada yg prefer merayap...

aku jenis yg pertama... ;p

Fitrihadi.com said...

apa jenis anak le tak suka mak dia tu...adehhh

nama.aku.lynn said...

miss my homieee~

eRaY said...

rumah ku syurga ku :)

Hasrol Nizam said...

aduh, terasa sedih pulak. aku dah lama tak balik rumah

maslinamansor said...

teringat rumah kat penang... rindu! walaupun akak balik seminggu sekali

hans said...

betul tu
seronok kut duduk rumah
haih
kenapalah kawan ko tu buat dkt mak dia cam tu
kesian mak dia

P/S : Hidup Nih Tak Habis - Habis Dengan Macam - Macam Isu

Pejuang Kesenian Extreme said...

Aku dah pernah tinggal bujang,aku tau la apa bestnye rumah..Rumah memang heaven..nak makan masakan dah siap..tinggal nak cedop je masuk dalam pinggan..

iza said...

Salam...
Betul tu...
Orang yang ada ibubapa kdg kala jarang hargai jasa2 mereka.
Hanya org yg pernah rasa kehilangan akan hargainya.

Kyuubi said...

@Botak
tula pasal. aku x fhm sgt diorg tu..

Kyuubi said...

@anyss
haha. wa setuju sgt! :)

Kyuubi said...

@Khairi
aku pula both. hik3

Kyuubi said...

@Fitrihadi.com
entahla. aku pun x fhm. dia xnampak kot mak dia susah pyh besarkan dia

Kyuubi said...

@nama.aku.lynn
yeah, i miss my home too

Kyuubi said...

@eRaY
hehe. yeah! Rumahku syurgaku jua :)

Kyuubi said...

@Hasrol Nizam
selagi sempat balik, baliklah. aku terpaksa pulang sekali setahun or 2 kali setahun. huhuhu

Kyuubi said...

@maslinamansor
ahaha. bestnya dpt balik seminggu sekali! :)

Kyuubi said...

@hans
entahla. aku pun x tau.

Kyuubi said...

@iza
ya. tu sudah lumrah manusia. bila dah tiada baru nak cari :)