Movie Review: Season Of The Witch


Kalau korang peminat filem yang boleh menyebabkan adrenalin mengalir laju dan filem yang penuh dengan persoalan, Filem Season Of The Witch arahan Dominic Sena lakonan Nicholas Cage adalah salah satu filem yang boleh dipilih sebagai pembukaan tahun 2011 ni.


Filem ni mula ditayangkan di Malaysia pada 6 januari 2011, dan semalam, aku berkesempatan menonton filem Season Of The Witch ni kat Times Square GSC.

Filem Season Of The Witch ni mengisahkan Behmen, seorang knight lakonan Nicholas Cage dan Felson, lakonan Ron Perlman pada abad ke 14 cuba menghantar seorang wanita yang disyaki sebagai seorang ahli sihir yang menyebabkan wabak penyakit yang membawa maut ke sebuah tempat terpencil dimana terdapat paderi yang akan menentukan samaada wanita tersebut, lakonan Claire Foy bersalah ataupun tidak.

Mereka menempuh bermacam rintangan dalam perjalanan ke tempat itu sehingga 2 orang rakan mereka terbunuh. Tengok Trailer filem Season Of The Witch ni dulu.


Filem ni menarik, dengan idea cuba ditonjolkan. Cara penceritaan dan juga cara cerita ini berkembang. Filem ni juga memnpunyai unsur yang kejutan dan penonton akan tertanya-tanya apa akan terjadi selepas ini.

Namun beberapa kelemahan dalam filem ni seperti watak ahli sihir wanita tidak ditonjolkan dengan baik, dan aku tertanya-tanya pada permulaan filem ni dari mana datangnya wanita tersebut. Dan dari watak wanita tersebut, dia kelihatan seakan seorang yang bersalah, tapi mereka tidak dapat memutuskan samada wanita itu tidak bersalah atau tidak.

Lakonan Nicholas Cage sebagai seorang knight pada kurun ke 14 juga juga seakan tidak berkesan berbanding dengan watak hero Cage dalam filem-filem zaman moden.

CGI filem ni juga tidaklah sehebat mana walaupun kita tahu bahawa teknologi CGI filem-filem Hollywood hebat-hebat belaka. Watak Ahli sihir yang menonjolkan diri sebenarnya pada penghujung cerita tidak memberi kesan. Dia hanya kelihatan seperti seekor kelawar besar dan penutup cerita ini tidak sebaik yang dijangka.

Pada keseluruhannya, aku nak bagi juga 3 bintang  dari 5 untuk filem ni dengan debaran dan plot cerita yang bolehlah memuaskan nafsu menonton filem aku. Berbaloi juga dengan RM8 harga tiket, walaupun filem ini tak seperti yang aku dijangka.


16 Komen:

Alexandriana Alia said...

aku pun tgk citer ni semalam n buat review dah kat blog.. aku suka unsur suspen dalam hutan lagi2 kat jambatan gantung yang reput tu.

tapi ending dia mmg hampas! terasa cam ntah apa-apa. huh

hans said...

owh
nih macam mana kira nih?
lepas aku baca review ko nih abang botak
nak kata best pun best
nak kata tak best pun ada juga...
kira average la?

P/S : Saya Akan Merindui Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah

blog-tips-kurus said...

Witch laki kurang best laa.. Felson mati terbakar tapi Behmen kena tikam banyak kali baru mati..

noreed said...

dah tgk gak citer ni. sungguh mendebarkan dan takut. but i llliiikkkeee.

Pejuang Kesenian Extreme said...

Daripada komen yang diberikan,nampak gaya filem ni macam tak best je..

Bulan Heedaya said...

bila nak gi tengok citer ni ntahhh...wuuuuu.

Hye, blogwalkinggggggg...(^^)v

i follow u k

aleen aiden said...

da lame xtengok nicolas cage blakon!

Fitrihadi.com said...

3 bintang?? macam tak best je..

Kyuubi said...

@Alexandriana Alia
yup! adegan dlm hutan tu yg best. yg lain mcm hampeh je.

Kyuubi said...

@hans
haha. average la. tak best sgt, n x juga kata tak best lgnsg :)

Kyuubi said...

@blog-tips-kurus
hahaha. ending dia x best la.

Kyuubi said...

@noreed
hahaha. i x like sgt. haha

Kyuubi said...

@Pejuang Kesenian Extreme
x best sgt. cara dia tonjolkan watak x berapa mengancam. haha

Kyuubi said...

@Bulan Heedaya
thanks flllow! g la tengok. hik3

Kyuubi said...

@aleen aiden
sebab dia pun mcm dah lama x berlakon. hik3

Kyuubi said...

@Fitrihadi.com
mmg mcm x best. huhuhu