Mood Yang Lembab Di Tahun Baru 2011


Hari ke 3 di tahun 2011.

Kalau korang tengok sekeliling, mungkin korang boleh nampak muka-muka ceria mereka menginjak tahun baru 2011.Mungkin ada benda yang membuatkan mereka gembira. Impian tercapai, boyfriend yang tiba-tiba ajak kahwin. Mungkin juga dapat durian runtuh.

Tapi, permulaan bagi tahun baru aku agak lembab. Mood masih tak menentu sejak akhir-akhir ini. Mungkin sedih terpaksa bertandang semula ke tempat orang. Dan mungkin juga ada sebab-sebab lain yang aku tak sedar. Tapi yang aku pasti, mood ke laut.

Mood nak menulis pun semakin menjauh. Lagipula, dah lama aku tak menjengah blog ni. Yalah kan, kat kampung aku takde line internet. So faham-faham sajalah. Sia-sia saja aku mengusung beruk Celcom kesana kemari. Tiada hasilnya.

Rasa hati nak beli hosting untuk blog ni, tapi dengan mood sekarang ni, baik tak payah. Kalau tak menulis, sia-sia saja kan?

Aku harap segalanya akan kembali teratur dan segalanya jadi seperti sedia kala. Aku nak lebih berusaha untuk tahun ni. Berusaha untuk diri sendiri dan mencapai impian di hati. Dan bila tiba masanya, mungkin blog ni pun akan berkubur sama.


2 Komen:

maCy said...

mood menulis y menjauh. ye kite pn mkn jauh.haha

Kyuubi said...

@maCy
haha. apa dah boleh buat..