Mood Masih Bercuti Di Hari Ke 3 Tahun 2011


Hari ke 3 di tahun 2011, juga hari pertama semester baru aku bermula. Hari pertama kuliah, aku tak berapa sedia lagi nak masuk kelas dan start dengar lecture. Sungguh!

Masuk kelas bawa sehelai kertas saja. Memang mood tiada langsung! Dah la tengahari tadi hujan turun dengan tak seberapa lebat. Dulu, masa hujan tak pernah turun selama sebulan, semua orang merungut. Semua menunggu hujan turun. Bila tiba musim hujan pula, semua merungut lagi. Mungkin hujan ni marah kat kita, sampai banjir kat beberapa negeri kat Malaysia ni.

Mungkin mood masih bercuti lagi. Takpe, anggap sajalah enjin kereta belum panas, kan? Kata yang berpengalaman, antara salah satu cara untuk menjaga kereta atau menjaga enjin kereta adalah dengan memanaskan enjin seminit dua sebelum memulakan perjalanan. Diorang kata, kalau enjin tak cukup panas, mesti kereta cepat rosak. Sejauh mana kebenaran, aku pun tak pasti. Tanyalah pada yang pakar.

Azam tahun ni mesti nak jadi lebih baik dari tahun-tahun yang lepas. Tak nak berazam lebih-lebih. Takut tak tercapai pulak. Nanti diri sendiri yang merana.


6 Komen:

~eZmALiZa~ said...

happy holiday! hehehe...

hope blom terlambat nak wish, happy new year..may all your wish come true... :D

hans said...

hahahaha
sama lah macam aku pun
enjin belum panas

P/S : Contest Dari Proton! Menangi Hadiah Percutian Ke Monte Carlo Monaco!

maiMOONyet said...

jgn malas2 meh ^^

Kyuubi said...

@~eZmALiZa~
thanks :) happy new year to you too :)

Kyuubi said...

@hans
jom kasi panas itu enjin. hik3

Kyuubi said...

@maiMOONyet
tak nak malas2 tapi terpaksa. haha