Lelaki Menyukai Wanita Seksi Tapi Mencintai Wanita Tutup Aurat


Pernah tak korang dengar ungkapan ni yang keluar dari mulut seorang wanita terhadap lelaki?

"Ceh! pantang nampak perempuan seksi dah mula la gatal!"

Percaya atau tidak, ini memang selalu terjadi, bahkan dengan diri aku sendiri. Dan inilah yang ada dalam fikiran semua orang terutamanya kaum wanita. Wanita seksi bagai magnet terhadap kaum lelaki. Betul tak wahai wanita budiman?

Aku sebagai seorang lelaki  juga setuju bahawa lelaki sebenarnya suka dengan wanita seksi.  Siapa yang tak terliur kan? Apatah lagi kalau diorang ni manja. Auuww! Korang tanya Abang Hans pasti dia setuju.

Jangan salahkan aku. Sila faham, ini adalah sifat semulajadi lelaki. Jadi, nasihat untuk wanita yang belum berpunya dan susah nak dapat teman lelaki, korang ubah penampilan jadi seksi dan manja, pasti ada saja mata yang memandang penuh selera.

Namun, ada 1 perkara yang kaum wanita tidak mengerti. Lelaki memang menyukai wanita yang seksi dan gedik, namun diorang mencintai wanita yang menutup aurat. Aku terimbas kembali kata-kata seorang member bila kami borak satu petang.

"weh, korang rasa kalau awek yang seksi tak tutup aurat ni diorang ok ke kalau pakwe diorang pegang tangan masa dating"?

"Aku nak cari awek yang seksi takde tudung, kalau dating boleh pegang tangan. Kalau awek yang baik-baik dan pakai tudung, aku nak jadikan calon isteri"

Korang harus faham apa keinginan jangka pendek dan keinginan jangka panjang seorang lelaki dari seorang wanita. Seorang awek seksi hanya dijadikan teman untuk jangka masa pendek, manakala wanita yang baik dijadikan teman seumur hidup.

Mungkin, bukan semua akan menurut hukum ni, tapi kebanyakan akan menurut hukum ini.

So, kalau korang dengar ada kes rogol, sila faham. Si lelaki ni tak kuat iman menahan godaan.

So, wahai wanita, sila jangan goda lelaki dengan memakai pakaian yang ketat sana sini tunjuk bentuk badan atau tunjuk lurah sana sini, konon lurah dia la paling dalam. Takut kalau lelaki tu nak explore lebih-lebih.

Apa pula pandangan korang?


11 Komen:

Izwan said...

segan nak cari isteri baik2 kalau diri sendiri pun tak berapa nak baik.. lelaki boleh mengubah wanita tapi wanita tak kuat nak mengubah seorang lelaki kepada lebih baik..

Uchi kay-f @hmad said...

tajuk tu dah cukup power !!!

x syak lagi......:p

mira ellyna said...

bf aku tak suka aku seksi2.. orang tengok tp dia usha awek seksi2 cehhhh....

LoKMaNHaKiMKaMaRuDiN said...

der,mmg betol der,,

aku pn sama gak,,huuuu

wawa said...

senang jer.. tepuk dada tanya imam..
klu org da tersesat jgn plak ambik kesempatan... and satu lg nasihat dr kaum hawa..
klu nak bt pelaburan jangka pendak or panjang...
fikir la matang2 +ilmu + amal..
klulah utk jangka pendek hanya nk memenuhi nafsu... berdoa la ank or cucu diorang pom x terima or dijadikan pelaburan jangka pendek..
keturunan kita bermula dr diri kita ok...==))

ni just pandangan..==))

~eZmALiZa~ said...

haha..panas!!

betul2...!!

setuju dgn entry ni..

memang tepat pada sasaran!

Pejuang Kesenian Extreme said...

Hans mana ni,tak jawap lak..hehe

tapi pendapat bro memang la tepat..
kebanyakan lelaki macam tu,aku pun lebih kurang kot..hehe

Pakai baju seksi2 macam bohsia,sape nak jadikan dia isteri..

Yuni Aisyah said...

kebanyakkannya lelaki camnie la..kalo nak jodoh yg baik tu kne la baik jugak...jge tingkah laku n amalan....jge mata n tundukkan pandangan dr melihat panorama yg bleh mengoda n mlemahkan iman..Allah telah berjanji jodoh orang yg baik itu untuk orang yg baik juga...insyaALLAH...

hans said...

hahahaha...
terkejut aku tiba2 tgok referral datang dari sini
rupa2 ada nama ku
abang botak oh abang botak
hahahaha

owh...aku dalam 50 - 50 sebab bergantung pada seseorang gadis tu lah
tapi secara puratanya memang lelaki akan bersetuju dengan entry nih...
siapa tak mahu calon isteri yang pandai menjaga aurat dan tatasusila kan?

dan betul lah cakap ko tu...kepada wanita yang tiada pakwe tak payah lah berpakaian seksi ker apa semata2 nak tarik perhatian lelaki kan...seksikan hati dan amalan dan pasti jodoh itu ada
insyaallah

Anonymous said...

Terrific work! This is the type of information that should be shared around the web. Shame on the search engines for not positioning this post higher!

Anonymous said...

takknak aku nak juga yg paling seksi..hehe