Juara Anugerah Juara Lagu (AJL) 25 Anna Raffali - Tolong Ingatkan Aku



Semalam berlangsungnya Anugerah Juara Lagu (AJL) 25. Tapi aku tak sempat nak layan AJL 25 ni sebab aku ada kelas jam 8 tu. Menyedihkan. Bila balik rumah, aku sempat tengok penutup saja dan  tahu Anna Raffali yang menang.

Anna Raffali? Sebelum ni, macam tak kuat sangat nama dia ni. Ke aku yang tak mengikuti arus perkembangan dunia hiburan? Ok, never mind. Lagu yang menang? Tolong ingatkan aku. Bila aku search kat youtbue, macam aku tak pernah dengar lagu tu.

Kalau tak silap, lagu Anna Raffali yang aku tahu adalah lagu Kalau berpacaran dimana dia bersama dengan Altimet dan Suhaimi Mior Hassan menyanyikan lagu ni.

Mungkin inilah rezeki Anna Raffali untuk tahun baru ni. Ada juga peminat yang macam tak puas hati dia menang, tapi dah rezeki dia, betul tak? Jangan lah dipertikaikan lagi.

Ok, jom kita dengar lagu yang menjadi juara lagu kali ni, Tolong Ingatkan Aku Dendangan Anna Raffali


0 Komen: