(Gambar) Lagi Bukti Dari Fasha Sandha Mengenai Laporan Polis


Selepas menunjukkan bukti mengenai perpisahannya dengan Jejai semalam, Fasha Sandha sekali lagi menunjukkan bukti mengenai dakwaan laporan polis yang dibuatnya untuk menyangkal dakwaan beberapa laporan blogger yang meragui kewujudan laporan polis berkenaan.

Dalam akaun twitternya semalam, Fasha Sandha ada menyebut tentang sms ugutan dari seorang perempuan yang tidak disebutkan namanya.

 

Ekoran tweet dari akaun twitter Fasha Sandha ni, wartawan rancangan jenayah TV3, Program 999 dan blogger,  Mazidul Akmal Sidik dan rakan beliau, Zulhazri Abu Bakar membuat pemeriksaan di Balai Polis Bukit Aman untuk mengetahui status laporan tersebut. Blog post mereka boleh dibaca di Polis 'Menyimpan' Laporan Kes Ugutan Terhadap Fasha Sandha? dan MANA LAPORAN POLIS FASHA SANDHA?

Mungkin kita faham, wartawan jenayah sememangnya sentiasa berminat terhadap kes-kes yang berkaitan dengan undang-undang.

Berikutan entry dalam blog Mazidul Akmal dan Hazrey.com, blog gosip ohbulan.com pula menulis entry, Laporan Polis Fasha Sandha Diugut Tidak Ada?  menyebabkan Fasha seperti naik berang.


Screen Shot yang diambil dari akaun twitter menunjukkan tweet Fasha yang berbunyi agak panas disitu. Fasha Sandha juga menunjukkan bukti gambar salinan laporan polis yang dibuat olehnya pada tahun 2008. Namun gambar ini kelihatan agak kabur sedikit. Apa yang jelas, hanya nama Fasha, Nur Fasha Sandha Binti Hassan




Namun apa yang pelik, kenapa laporan dibuat pada tahun 2008 dan tiada tindakan pada masa tu? Kenapa sekarang baru nak selongkar? Dan dalam tweetnya lagi, Fasha menyebut Polis masih "menyimpan" kes tersebut.

Aku ni bukan arif bab undang-undang, apatah lagi benda yang berkaitan dengan polis ni. So  pada siapa yang  arif tentang undang-undang, boleh tolong jelaskan tak kenapa laporan dibuat tahun 2008 tapi tiada tindakan?


Dan screen shot diatas menunjukkan 1 tweet dari pelakon jelita ni semalam. Nampaknya dia ni dahagakan kemenangan. Nak sentiasa menang dalam semua hal. So, janganlah kita pedulikan dia ni lagi. Biarkan dia dengan dunia dia.

p/s: Mcm best pula ikut isu hangat Fasha Sandha ni. nak tengok apa akan terjadi di akhir rancangan :)


5 Komen:

shaffique said...

macam2x la fasha sandha ni. nak publisiti murahan la tu.


My latest entry : Gadis China - Sebelum Dan Selepas Make Up

Citarasa Rinduan said...

panas...panas...
malukan orang johor perempuan nie..

cikgu isza said...

lakonannya berkesan.. (dalam filem)
luar? hanya dia yang tahu..

Fina Fento said...

tak habis - habis

suffer8zine said...

wahhh makin hangat ni bro

Terkini : Trend Gigi Bercahaya di Jepun