Aku Menulis Blog Bukan Sebab Duit Dan Nama


Dalam dunia ada bermacam-macam ragam manusia. Setuju atau tidak, itu adalah kenyataan yang tidak boleh disangkal. Selama 25 tahun aku berpijak di bumi yang nyata menghirup udara segar dan melihat dunia menuju kehancuran, sudah banyak ragam manusia yang aku jumpa, baik yang hipokrit, mahupun yang jujur.

Dan sebagai seorang blogger juga aku jumpa banyak ragam penulis blog. Dari yang menulis suka-suka sampai yang menulis kerana duit.

Ramai penulis blog diluar sana yang sentiasa berkata;

"oh, aku menulis blog sekadar suka-suka dan berkongsi dengan semua pembaca"

Ada juga kata;

"oh aku menulis sekadar hobi, bukan sebab duit"

Tapi kekadang aku rasa tertipu dengan sesetengah mereka. Setengah mati nak menegakkan bahawa tak menulis kerana duit atau nama, tapi korang boleh jumpa link diorang hampir diseluruh alam maya.

Sungguh menghairankan bilamana mereka tidak pentingkan duit dan nama, tapi blogwalking setengah mati demi nak naikkan trafik blog. Menulis blog hanya ada 1 persamaan matematik yang boleh kita guna.

Trafik Blog Tinggi = Duit Blog Masyuk

Trafik Blog Rendah = Duit Blog Ciput

Semua sedar tentang ini. Itulah hukum sesebuah blog. Tidak akan ada iklan nak melekat dalam blog kalau trafik ciput.

Apa kata kita jujur pada diri sendiri. Pada aku, selain sebagai hobi, aku nak juga cari duit sampingan dari blog. Kalau tak banyak, cukuplah untuk maintenance blog. Bayar hosting, kalau yang pakai hosting dan bayar domain bagi yang pakai domain sahaja.

Jadi, kalau nak dapat duit sikit dari blog, jom ramai-ramai blogwalking dan jangan pernah kata, tak nak duit. Sebab aku pasti, setiap insan di dunia, tiada seorang pun yang tak nak duit.


13 Komen:

Aduka said...

biasalah blogger..
x smuanya tulis jujur lahir dari hati..
ada yg hipokrit..
berlambak..

hana said...

huhu..
btol la tu..
tp x yah la obses sgt kn..
=D

Daleela said...

Sangat setuju... kadang2 naik bosan dgn syarikt pengiklanan..

cik.shabah said...

cik shabah blogging sebab hobi saje kot :)

hans said...

hahahaha
betul lah tu
aku awal - awal cakap alang2 blog nih boleh dapat duit maka manfaatkan jer lah kan

Mengapa Aku Ketawa Menonton Filem Khurafat?

LoKMaNHaKiMKaMaRuDiN said...

standard ar der,,haha

bende nak hasilkan duet,,kerja la sikit,,

sambil2 tu boleh sampaikan maklumat,

maiMOONyet said...

hehehe. aku tulis blog sebab pengaruh kawan. but, sekarang malas nak update selalu. tiada mood :P

Uchi kay-f @hmad said...

apepun yg kite blog yg patut diamalkn iyelah jujur !!

notso_violet : seindah bunga seri pagi said...

mungkin hari nih die rase nak menulis sebab nak suka2 tapi besok2 takde duit jadi lah menulis sebab nak duit jugak haha. apa sy komen nih erk.

takpelah menulis sebab apa pun asalkan sedap baca, tulis best2 promote blog habes2 okey :p

MATAHARI said...

haha. seriously aku tulis blog bukan sebab duit, dan itu kenyataan dalam blog aku.

Teraterabozu~~ said...

Org Malaysia..Mahu tapi Malu.

anyss said...

Salam,
Asalnya saya tulis blog sekadar luahkan segala mak nenek yang menebal di hati.

Kemudian suka-suka dan teruskan kelangsungan blog

Sekarang sedang buat ujian, betul ke kalau trafik tinggi maka akan dapat duit banyak. Belum terbukti lagi sebab tak sempat pun nak blogwalking hu hu hu

dah terbukti betul tidaknya, tak taulah pulak tujuannya apa pulak

Mohamad Izwan said...

sikit niat nak cari duit dengan blog tu mesti ada..tapi kalau niat utama nak duit cepat dengan blog, nanti tension sendiri je... tak happening..sebab aku dulu camtu.. then dah malas, nak enjoy berblog,update bila rasa nak update tak terkejar2 trafik n lain2.. happy blogging..