Akademi Fantasia (AF) Musim Ke 9 Sesi Yang Terakhir


Percaya atau tidak, program realiti tv kendalian astro, Akademi Fantasia atau lebih popular lagi AF, yang menjadi fenomena di seluruh negara kini sudah sampai ke penghujungnya.


Pengurus Saluran Astro RIA, Azlin Reza Azmi berkata, program yang mencetus fenomena yang diadaptasi dari rancangan popular Le Academia dari Mexico itu terpakda melabuhkan tirai berikutan ingin memberi peluang kepada pelbagai program lain.
“Kami rasa sudah sampai masanya program Akademi Fantasia di rehatkan buat selama-lamanya. Jadi program yang terakhir ini pastinya merupakan program yang terbaik dari musim sebelumnya.
“Kami akan bawakan pelbagai kejutan dan merangkumkan kembali nostalgia-nostalgia dari musim pertama hingga ke lapan untuk paparan peminat setia AF bagi musim terakhir ini,”jelasnya pada sidang media pengumuman sesi uji bakat AF9, Khamis. - mStar Online

Masih aku ingat ketika program Akademi Fantasia baru bermula, masa tu keluarga aku belum subscribe Astro lagi. Tapi disebabkan program ni, ayah aku beria-ia nak pakai Astro sebab nak tengok Akademi Fantasia katanya!

Dan lepas dah pakai Astro, mak dan ayah aku boleh ingat semua juara AF! Aku kira dashyat juga penangan Akademi Fantasia ni, walaupun aku taklah minat sangat dengan program macam ni. Bolehlah, kalau nak lepaskan bosan duduk kat rumah.

Jadi, kepada sesiapa yang berminat nak jadi Artis dan nak jadi antara pelajar terakhir Akademi Fantasia, sila la dengan tidak segan silu rujuk Jadul Tempat Ujibakat dan Cara nak Buat ujibakat Online.

Untuk musim terakhir, Astro nak bawakan kejutan dan kelainan dalam program kali ni, Jadi peminat semua sila tunggu apa kejutan dan kelainan yang ingin dibawakan oleh Akademi Fantasia musim terakhir ni.

Lepas ni, program apa pula yang akan muncul, yang punyai aura sehebat akademi Fantasia?
 

4 Komen:

al_hakim said...

bgs la..boleh la astro buat rancangan imam muda jugak..hehe

Uchi kay-f @hmad said...

create and post mcm entry dlm blog jugak erkk rancangan2 kat tb nie...

mira_nas said...

ish.. banyak sangat realiti TV.. matlamat dan objektif tak bawa faedah langsung kadang2 tu.

hans said...

hah
bagus la tu dah nak habiskan
dah banyak sangat dah AF nih
hoohoho

Review Filem : Khurafat Filem Pertama Syamsul Yusof Yang Aku Suka