Keju Dari Susu Badan Manusia!


Pernah tak korang terdengar atau terbaca mengenai keju yang diperbuat dari susu manusia?

Kadang-kadang dalam kita menempuh kehidupan ini, ada saja benda pelik yang kita temui, samada dengan mata kepala kita sendiri ataupun hanya melalui kabar angin sahaja. Suatu yang sukar untuk diterima dek akal fikiran manusia.

Seperti juga apa yang aku baca mengenai keju yang diperbuat dari susu manusia! Aku cuba menganggap ianya hanya cerita rekaan semata-semata.

Tapi satu article mengenai France human breast milk cheese yang ditulis pada tahun 2007 menyebabkan benda ni seakan benar.

Le Petit Singly, sebuah kilang di France direka khas untuk menghasilkan produk keju yang diperbuat dari susu badan manusia ni. I was like, huh?! Boleh tak korang bayangkan bagaimana cara diorang menghasilkan atau menuai susu manusia utuk dijadikan keju?

Menurut mereka, cara menghasilkan keju ini adalah sama dengan cara menghasilkan keju dari susu lembu dan rasanya seakan keju ni dicampur dengan kacang hazel!

Dan pada tahun ini juga (2010), seorang tukang masak diberi amaran oleh oleh pegawai kesihatan selepas dia memberi tawaran kepada pelanggan untuk merasa sendiri keju yang diperbuat daripada susu isterinya sendiri!

Aku masih meragui kewujudan benda ni kalau ianya tak ada depan mata aku.  Sejauh mana kebenaran benda ni, diorang sajalah yang tahu. Tapi kalaulah benda ni benar-benar wujud, apa yag korang fikir masa menikmati keju tu?


Atau



Kalau korang berminat nak baca lebih mengenai benda ni, korang boleh baca kat  Human breast cheese milk mada in France Atau New York chef offers customers cheese made from wife's breast milk

Dan kalau nak lebih advance lagi, korang boleh lawat Petit Singly, laman web dalam bahasa france, kilang di france yang menghasilkan produk ini. Korang boleh buat tempahan online juga kat laman web ni kalau berminat. Sejauh mana berfungsi laman ni, aku tak tau pula sebab aku tak cuba lagi.

5 Komen:

suffer8zine said...

wow, mesti lagi berkhasiat ni

Terkini : Pemandu Bas Dirotan

Rozita said...

ish...cam geli plak.
tapi kita pun minum susu ibu kan???

noor afzan said...

ermm..tak mahu la eden..

hans said...

aku rasa benda ni xpelik
sebab ibu boleh pam susu keluar dari badan dan bekukan dalam peti ais
cuma agak geli bila makan keju yg susu tu daripada badan manusia

P/S : Apa Itu Exam? Hahahahahaha

haszuraidah ishak said...

hehehe..yg dikomersialkan tu taktau la..tapi ade je ibu2 yang simpan stok susu dan jadikan keju utk bagi anaknya makan..yg tu biasa..