Kadar Caruman Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP) Dinaikkan Kepada 11 Peratus



Berita ini pastinya membuatkan pekerja yang menerima caruman KWSP tersenyum lebar. Tahun lalu (2009) kadar caruman pekerja yang sepatutnya bernilai 11% di turunkan kepada 8%. Kadar caruman sebanyak 8% ni berkuatkuasa selama 2 tahun, bermula dari januari 2009 dan berakhir disember 2010.

Namun untuk tahun hadapan (2011) kadar caruman KWSP baru yang akan berkuatkuasa pada januari 2011, akan dinaikkan semula kepada 11%.


Sebenarnya aku pun tak faham sangat tentang KWSP ni. So maksudnya, kadar potongan gaji untuk disimpan semakin besar la kan?

Baik sangatlah tu, supaya duit simpanan di hari tua nanti pun banyak. Lepas kerja nanti, dah pencen bolehlah dapat duit pencen banyak-banyak kan? Boleh lagi pergi honeymoon untuk kali ke 2.

Berita selanjutnya di Utusan Malaysia Online, Kadar caruman KWSP pekerja 11%


13 Komen:

Kech Hidayah said...

masa kadar caruman 8% pekerja still boleh mencarum dengan kadar 11%.saya pilih 11%.kalau mencarum kurang, perbelanjaan kita makin besar sebab menerima tunai lagi banyak kan.ada la lebih kurang macam ni, perbelanjaan besar meningkatkan aliran tunai pasaran.hahaha.ye kot.takde beza pun kalo naikkan semula jadi 11%.cuma maybe ada yang tak mau saving banyak n nak tunai lebih dari gaji so diorng suka rate 8% yang rendah tu.

mamawana said...

Salam..

yep....dah kuar berita kat tv smlm.

Jamal Rafaie said...

Yang merisaukan ialah berapakah kadar masa yang dihabiskan untuk menghabiskan duit2 simpanan itu... Emm...

suichi said...

wah ini sudah bagus~~

Sya Isya said...

dari dulu masa dikurangkan kepada 8% pun, memang Sya kekalkan 11%. Kawan2 pun ramai yang buat gitu. buat apa kurangkan bahagian sendiri, rugi je. Kalau tak guna caruman ni sebagai simpanan, memang payah ler nak simpan duit gaji.

hans said...

aku pun xberapa faham

P/S : Pandangan Peribadi Aku Berkenaan Filem 2 Alam Yang Aku Belum Tonton

hans said...

abang botak
ko layan video nih weih
lawak giler

P/S : Video Dr. Rozmey Hampa Dengan Kutipan Filem 2 Alam Sangat Lucu Dan Kreatif

Anna Boleyn said...

aikk? sebelum ni bukan da 11% ke? huhu

hans said...

aku dah tgok filem harry potter dah abang botak

P/S : Review Film : Harry Potter and the Deathly Hallows Part 1 Menarik Walaupun Agak Berat

maslinamansor said...

dulu masa diturunkan ke 8%, ramai org tak setuju. Kak mas pun still potong 11%, supaya dapat banyak dikemudian hari...

enyheartsdiamond said...

hurm.. tak kerja lagi.. so, tak faham lagi :))

hans said...

dey
rumah hang tak ada internet ker abang botak?
lama aku dengan kak long xkacau ko nih
hahaha

P/S : I Follow You! You Follow I Balik Yer! Kalau Tak Follow Balik Dikira Angkuh, Sombong Dan Bongkak! Habis Bagaimana Dengan Kamu Yang Memaksa Orang Itu?

Anonymous said...

ye betul kadar potongan gaji jadi besar...