Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) Fazley Palsu?


Terkejut aku bila baca berita online tadi bila bahawa sebenarnya Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) Fazley adalah palsu. Perbadanan Penyiaran British (BBC) mendedahkan bahawa kelayakan akademik penyanyi Fazley, Pengarah Eksekutif, Fazley International College (FIC) adalah palsu.


Berikutan dengan pendedahan itu, Fazley meletakkan jawatannya sebagai Pengarah Eksekutif Fazley International College untuk menjaga reputasi kolej tersebut.

Namun apa yang menarik, sebenarnya Fazley mendapat Ijazah tersebut daripada sebuah University Antarabangsa Irish, European Business School yang didakwa sebagai palsu.

Kesian kat Fazley. Atas kesalahan orang lain, dia pula yang terpaksa menanggung akibatnya. So, kepada kita semua, pastikan dulu tempat kita menuntut tu diiktiraf atau tidak. Palsu atau tidak. Kalau tak, jadilah macam si Fazley ni.

Banyak juga kes dalam negara ni dimana lepas habis belajar, tak dapat buat konvokesyen sebab kursus tu tak diiktiraf. So, sia-sia sajalah belajar penat-penat habiskan duit beribu, tapi hasilnya? Buang masa, tenaga dan duit saja.

9 Komen:

Fitrihadi said...

ermmm kesian fazley ni jadi mangsa..adehhh

FarhanaDr said...

Hmmm.. Gelaran doktor ditarik balikkah? Kesian..

Kyuubi said...

@FarhanaDr
tak ditarik kot, tapi diorg kata palsu sebab uni tpt fazley belajar tu uni palsu.

Kyuubi said...

@Fitrihadi
tulah pasal..

wanie m'nJ said...

kesiannya.....agak kuang asam betoi lah pihak berkenaan.ishkk3

hanafijaafar said...

tak ada la tarik ke tak tarik. gelaran doktor tu sebenarnya tak wujud la.

tapikan, rase tak terkejut langsung...

akubiomed said...

Susah juga jadi selebreti kalau orang biasa orang luar sana disana tak heran pun.

hans said...

tu lah...
kesian dia
habis imej tercalar

P/S : Antara Jenis - Jenis Katak Yang Paling Unik Di Dunia

Bazilah said...

kesian dia dah berusaha untuk berjaya tapi mungkin ni semua ade hikmah kan..