Identiti Blogger Hilang? Jom Cari Bersama Saya


Baru hari ni nak jawab. Jawab jangan tak jawab. Orang dah tag, mestila kena jawab kan?

Aku ditag oleh si pembebel jalanan yang kuat bebel ni. Dah lama sebenarnya. Adalah dalam beberapa hari. Dan memandangkan exam aku pun dah habis, so ada masa nak jawab tag. Siapa-siapa yang sudi nak tag si Blogger 20 Sen ni, sekaranglah masanya! Aku dah free sekarang ni. :)


"Once you have been tag , you are supposed to write a note with 25 random things , facts , or goal about you . In the end , choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tags you. If I tag you , its because I want to know you more."

So, maknanya, aku kena tulis 25 benda tentang diri aku? Baiklah. Jom berkenalan dengan Blogger 20 Sen bersama saya. hik3

1. Aku adalah kyuubi. Aku suka nama ni pilih nama ni sebenarnya sebab aku peminat kipas susah mati Gempak naruto. Kyuubi adalah salah 1 karakter dalam naruto tu.

2.Aku asal Sabah. Tapi sekarang duduk Shah Alam sebab Sambung Study. Kalau tak pasal study, memang sure aku tak datang sini.

3.Belajar kat UiTM Shah alam dalam jurusan kejuruteraan kimia. Tapi aku tak tau benda kimia-kimia dan jurutera semua ni. Aku hanya tahu makan dan tidur. ahaks!

4.Aku sebenarnya minat Biologi dan Business, tapi entah kenapa diorang bagi aku Engineering. huhu pecah kepala den nak study benda yag tak biasa ni. huhu

5.Anak ke 2 dari 6 adik beradik. Dan yang sedihnya, adik beradik aku takde perempuan. Semua lelaki. huhu. Maksudnya aku ni kira sulunglah juga.

6.Tarikh lahir 19 april. Birthday aku dah lepas, so tahun depan jangan lupa bagi hadiah. haha

7.Seorang yang sangat penyabar. Tapi dalam dok sabar tu tahan aja lah korang dengan bebelan aku. hahaha

8.Seorang yang simple. Tak suka hidup yang sibuk dan sesuatu yang complicated. Life is simple baru best!

9.Tak suka bergaya sangat. Kadang nampak selekeh pun ada. haha. Tapi? Ada aku kesah? Haha

10.Suka makan. Memang bab makan selalu aja menghabiskan duit aku. Bila ada duit, makan aja kerja. Ko tak nampak pun duit aku hilang kemana. Sebab semua hilang untuk makanan. haha

11.Walaupun Kuat makan, tapi badan tetap macam lidi. Jangan percaya kalau si Gadis Innocent kata aku gemuk. haha. Innocent ke bebeh? :P

12.Minat dengan fotography. Aku suka ambil gambar. Cita-cita nak beli DSLR. Tapi entah bila kesapaian hasrat di hati ni.

13.Sangat kuat tidur. Rekod tidur aku adalah selama 14 jam tak bangun-bangun. Korang nak lawan ke?

14.Aku juga seorang pencinta alam. hehe. Tak caya? Sudah! :P

15.Aku seorang lelaki tulen ok. Jangan hairan kalau korang tiba-tiba jumpa aku pakai baju warna pink atau merah jambu. Sebab aku memang suka pakai merah jambu. haha

16.Dalam menulis blog, pernah ada orang anggap aku perempuan. Mungkin sebab dulu, nama blog ni everything beautiful. Nampak macam wanita sangat ke?

17.Bercita-cita nak ke jepun atau korea. Aku nak tengok bunga sakura!

18.Seorang yang jiwang. Mungkin. Tapi aku takan dengan senang menunjukkan kejiwangan itu pada sembarangan orang. hik3

19.Teringin nak pakai telefon tangan Blackberry. hihi. Tapi aku ni bukan banyak duit sangat. huhu

20.Lepas habis study ni, aku harap dapat kerja dengan gaji besar. Nak bagi hidup mak ayah aku senang. Kalau bukan diorang, aku takan sambung study. Cukuplah dengan diploma yang aku ada.

21.Seorang yang berfikiran lain dari yang lain kot. Sebab idea aku ni kadang-kadang gila sikit. haha

22.Menulis blog ni, aku teringin nak tukar ke Wordpress self hosted. Tapi tunggulah nuffnang bagi aku duit baru aku tukar. hik3

23.aku macam dah takde idea ni.

24.Mata pun dah ngantuk. Penat kot. haha

25.Masa ku tulis entri ni, aku baru siap makan nasi lemak. haha

Hah! Dah siap! hahaha. so pembebel Jalanan? Ok tak Assignment ni? Boleh dapat A tak?

Ok sekarang kerja untuk tag orang pulak. Hmm, nak siapa ekk? Ok seperti biasa, jom tag orang bersama saya!


Yatrehayati@ Gadis Innocent Korang gi baca blog dia ni. Innocent sangat ke? haha
Rasanya itu saja kot aku nak tag. Kalau siapa-siapa yang nak buat tag ni pun boleh juga. Dipersilakan. Kepada yang kena tag ni. Kalau nak buat silakan, kalau tak pun tak apa juga.

Cuak ke bebeh komen bebeh! haha!

12 Komen:

aNiSa hANg tUaH said...

semoga awak akan dapat dslr
all the best
:)

Aduka said...

ohooo.. ini orgnyeeee..
baru kenal..
hahahaha..
encem3..
hahahaha..

maCy said...

hik3.. org keempat tag macy.. da pna wat..

http://cahaya-humaira.blogspot.com/2010/11/25-randoms-tak-and-suka-about-me.html

maseh egt macy ;D

Uruchimaru @ kf said...

same dgn hambe utk no.5 tu kyuubi!
tapi ade seorg putri....hihi

Yatre Hayati said...

hahaha..innocent a...dari kau??

Aizat Shafiq said...

wah2...
kena tag la...
nanti aku jawab ye....
=)

Amir Izzat said...

salam.

Wah! A dah nie...hahaha. la..nama kyuubi je.. Bro,umur tak cakap..tak lulus nie..status (bujang ke teruna?) pun tak cakap.. haha..

p/s: nanti kita tukar ke wp sama2..insyaAllah. hehe

Fitrihadi said...

wah rekod tido 14 jam??memang dah tahap beruang kutub berhibernasi dah gini ehhehe

♥ Princess ♥ said...

byknya soklan...hehehehe..kompem A ni...

zai said...

gila ko rekod 14jm tido, tak pening ke after bangun tido tu

thanks weh tagged aku, tp skrg aku........

Anonymous said...

belajar banyak

Anonymous said...

Tak, prawdopodobnie tak jest