Filem Rapunzel : A Tangled Tale (2010)


Masih ingat lagi tak zaman kanak-kanak dulu? Masa masih budak sekolah. Zaman masih manda di sungai beramai-ramai sambil telanjang bulat tanpa memakai seutas benang?

Kalau korang masih ingat, mesti ingat juga dengan cerita Rapunzel. Siapa yang tak pernah baca buku cerita Rapunzel? Serius aku minat buku cerita ni di zaman kanak-kanak aku. Jangan tanya kenapa.

Ok, di zaman yang dah moden ni, akhirnya cerita Rapunzel, si gadis yang ada rambut panjang tu dibawa ke layar filem. Buku cerita ni dah diadaptasi menjadi sebuah filem yang bertajuk, Rapunzel : A Tangled Tale arahan Nathan Greno dan Byron Howard Pernah dengar nama diorang tak? Sorry aku tak pernah dengar. Tak famous kot. heh

Untuk informasi, sebenarnya filem ni belum lagi ditayangkan di pawagam di Malaysia. Tarikh tayangan filem Rapunzel adalah pada 25 November 2010 untuk Malaysia sahaja.

 [ gambar ]

Filem Animasi, Rapunzae ni dibintangi disuarai oleh Mandy Moore, Zachary Levi and Donna Murphy. Nama ni pula kenal tak? Aku kenal Mandy Moore saja. Heh! Fail!

Sedikit sinopsis filem tangled ni, ianya mengisahkan seorang puteri yang berambut panjang bernama Rapunzel yang menghabiskan seluruh hidupnya tinggal dalam sebuah menara. Namun pada suatu ketika, dia jatuh cinta dengan seorang pencuri. Dan bermulalah pengembaraan si Rapunzel ke dunia luar yang penuh dengan dugaan dan cabaran.

Macam best pula cerita ni. Dulu aku baca dalam buku saja. Sekarang dah jadi filem pula. Huh! Rasa nak tengok pula movie ni. Trailer pun aku dah terjah. Macam ada elemen lawak sikit nih. Best!
Ok, yang belum tengok trailer filem ni, jom ramai-ramai terjah trailer Rapunzel ni!



Ingatan Pada Semua, Sayangi Wanita! Jom belajar apa yang boleh dilakukan untuk pesakit kanser servik


7 Komen:

chokeLy said...

nak tgk..!
cam bes je kan..^^

Mohd Shahrul Hafizi said...

Wajib tengok. Suka citer kartun.

Aduka said...

best ke cite ni?

Kyuubi said...

@Aduka
best woo. hihihi

Kyuubi said...

@Mohd Shahrul Hafizi
wa pun suka gak. hehe

Kyuubi said...

@chokeLy
memang best ni! :P

Sya Isya said...

terkenang la pulak zaman kanak2 dulu