Anda Diberi Pilihan Samaada anda Tekan Suka, Kongsi Atau Bunyi Macam Burung


Perubahan kearah suatu kebaikan adalah amat dimestikan. Betul atau salah? Itu hak korang untuk tentukannya.

Bagi aku, aku cuba untuk berubah kepada yang lebih baik setiap hari sebab aku ni sukakan suatu yang sempurna; Sempurna atas definisi aku sendirilah.

Blog ini misalnya dah jadi salah 1 rutin harian aku. Kalau tak update setiap jam, mesti update paling kurang pun sekali. Apa yang kurang dari 1 tapi bukan kosong? Ngehehehe

So untuk berubah seiringan dengan zaman ini dan memberi anda lebih pilihan, kepada mereka yang baca blog ni, aku dah sediakan 3 pilihan untuk korang. Errkk, bukan 3 tapi 4 tindakan yang korang boleh buat.




4 pilihan itu adalah sila tekan suka kalau anda suka dengan artikel yang aku terbitkan, sila tekan kongsi kalau korang nak rakan-rakan muka buku korang baca artikel yang aku terbitkan dan sila tekan bunyi burung jika korang nak rakan-rakan bunyi burung korang baca artikel yang diterbitkan.

Dan pilihan terakhir ialah jangan buat apa-apa. haha

Aku rasa macam pelik pula aku susun 3 aplikasi tu macam tu. Korang rasa ok ke?


5 Komen:

Azman Roslan said...

aku pilih atau.. heheh

Cik Su said...

rasenye letak tweet dulu baru letak share..mintak ajar cam ne nak buat tweet tue

Kyuubi said...

@Cik Su
boleh je kak. tapi tak tau nk mula dari mana. hehe

Kyuubi said...

@Azman Roslan
haha. ciskek!

east said...

elop..camne nak letak butang like tu eh?..